awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka jadi hos sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China

Bernama
Bernama
25/03/2024
20:00 MYT
Melaka jadi hos sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China
Ab Rauf (kiri) menerima kunjungan hormat daripada Wong Chun Wai di pejabatnya di Seri Negeri pada Isnin. - Gambar Bernama
MELAKA: Melaka akan menjadi tuan rumah sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung hasrat Melaka untuk menjadi tuan rumah, dan pada dasarnya kerajaan telahpun menyatakan persetujuannya.
"... kita telah menerima surat daripada Kementerian Luar yang mencadangkan acara-acara sambutan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, Melaka memang terkenal dalam kalangan pelancong China, dan paling sesuai menjadi tuan rumah sambutan memandangkan lipatan sejarah negara menunjukkan bahawa negeri itu terlebih dahulu menjalin hubungan dengan China lebih 600 tahun dahulu.
Terdahulu Ab Rauf menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai di pejabatnya di Seri Negeri, di sini, pada Isnin.
Sementara itu, Wong berkata, Bernama komited menyokong segala usaha dilaksanakan kerajaan negeri Melaka dalam sektor pelancongan termasuklah panganjuran acara-acara seperti sambutan ulang tahun hubungan diplomatik berkenaan, Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), World Tourism Day dan World Tourism Conference 2025.
"Saya sempat bertanya kepada beberapa pelancong China di Jonker Street malam tadi dan mereka mengatakan lebih kenal Melaka berbanding Kuala Lumpur.
"Bagi mereka Melaka adalah kota bersejarah dan amat penting dan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China, ada banyak acara yang akan diaturkan, jadi kita beri jaminan bahawa Bernama dan media lain akan beri sokongan kepada negeri Melaka," katanya.
Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China secara rasmi pada 31 Mei 1974 sekali gus muncul sebagai negara ASEAN pertama yang menghulurkan tangan tanda persahabatan dengan Beijing. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#tuan rumah
#Ulang Tahun Ke-50
#hubungan diplomatik Malaysia-China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan