MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka menjalin kerjasama dengan 80 agensi pelancongan dari Filipina untuk menarik kedatangan kira-kira 120,000 pelancong dari negara itu pada tahun depan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kerjasama itu dilaksanakan menerusi kempen TMM 2024 di bawah program Sales Mission melalui Bahagian Promosi Pelancongan negeri dan Tourism Malaysia pada 21 hingga 26 Mei lepas.
"Dalam siri jelajah untuk mempromosikan TMM 2024, kita telah melaksanakan kempen ini di Manila dan Davao, Filipina bagi memperluas usaha promosi di peringkat rantau Asia Tenggara melibatkan 20 delegasi dari Melaka termasuk pemain sektor pelancongan di negeri itu.
"Di Manila, kita akan bekerjasama dengan 50 agensi pelancongan di sana manakala di Davao pula 30 agensi atau pemain industri pelancongan," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program Menyemarakkan Seni Budaya Gegau Seni Budaya @ Melaka yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Panggung Seri Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka di sini.
Abdul Razak berkata, menerusi kerjasama itu, pelbagai pakej pelancongan yang menarik akan ditawarkan pemain industri pelancongan di Melaka kepada agensi pelancongan terlibat bagi menarik pelancong dari negara berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kempen mempromosikan TMM 2024 di Asia Tenggara akan diperluas ke Brunei dan Indonesia dalam masa terdekat selaras dengan fokus kerajaan negeri untuk menarik lebih banyak pelancong dari rantau berkenaan selain dari negara Eropah dan Timur Tengah bagi mencapai sasaran 8.4 juta pelancong pada tahun depan.
Dalam perkembangan lain, katanya Panggung Seri Kompleks JKKN Melaka akan ditutup selama enam bulan bermula Jun ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dijalankan Jabatan Kerja Raya.
"Selama dua tahun penularan COVID-19, panggung seni berkenaan tidak digunakan dan terdapat sedikit kerosakan dan ia perlu dibaiki sebelum TMM 2024 untuk keselamatan dan keselesaan pengunjung," katanya.
Terdahulu, beliau berkata Program Menyemarakkan Seni Budaya Gegau Seni Budaya @ Melaka yang berlangsung selama dua hari bermula semalam bertujuan memelihara dan memulihara estetika khazanah warisan tradisi negeri itu yang merangkumi pelbagai aspek sekali gus menyumbang kepada peningkatan ekonomi menerusi produk seni dan budaya.
Katanya, ia selaras dengan Dasar Kebudayaa Negara untuk mengangkat aset warisan seni budaya yang bersesuaian melalui pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi memastikan kesinambungan, keunikan dan keaslian yang diwarisi terus terpelihara.
Pelbagai program pencungkilan bakat dan pertandingan menarik diatur sepanjang dua hari penganjuran Program Menyemarakkan Seni Budaya Gegau Seni Budaya @ Melaka antaranya Juara Pantun, Cabaran Gasing Terbuka, Persembahan Colours of Malaysia: Muzikal Cak Kun Cak, Miss Grand Kebaya Cilik dan Peragaan Cosplay. - BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Tun Mohd Ali Mohd Rustam (tengah) melancarkan Buku Tanah Air selepas merasmikan Program Menyemarakkan Seni Budaya: Gegau Seni Budaya @ Melaka malam tadi. - Gambar BERNAMA

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Malaysia seru kerjasama global lindungi kebajikan pekerja
Sim berkata kebajikan pekerja adalah elemen penting dan tidak boleh diketepikan dalam agenda kerajaan Malaysia.
Tumpuan Selasa – 13 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya.
Menteri BRICS mesyuarat di Brazil usaha capai keamanan
Barisan menteri luar dari negara-negara BRICS mengadakan mesyuarat di Rio de Janeiro pada Isnin dengan rayuan Brazil untuk mencapai keamanan khususnya di Ukraine termasuk tindak balas yang diselaras terhadap langkah-langkah perdagangan Amerika Syarikat.
Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara sendiri - Jurucakap China
China terus berpendirian tegas bahawa Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara, seperti mana yang didakwa Parti Progresif Demokratik (DPP) di wilayah itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
AS, China kurangkan tarif timbal balik
Selepas pertemuan di Geneva, dua ekonomi terbesar dunia itu menyatakan komitmen untuk bergerak ke hadapan dalam semangat keterbukaan bersama, komunikasi berterusan, kerjasama dan saling menghormati.
PKR perlu Izzah sebagai 'panglima perang’
Sokongan terhadap Nurul Izzah Anwar untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti bagi sesi 2025-2028 penting sebagai persediaan mengukuhkan parti ke arah menghadapi PRU16.
‘Tak ada jalan lain, Nurul Izzah kena menang’ – Rafizi
Tidak ada jalan lain melainkan perlunya memenangkan Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat yang baharu, biarpun beliau adalah anak kepada Presiden Parti, kata Datuk Seri Rafizi Ramli.

Penghantar barang mengaku tidak bersalah rompak empat wanita
Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, atas empat pertuduhan merompak empat wanita di sekitar Melaka Tengah pada Februari dan April.

Kebenaran operasi semula: Penternak babi di Paya Mengkuang perlu patuh dua syarat
Penternak ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru di sini, perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan sekiranya mahu meneruskan semula operasi ladang tersebut.

Melaka permudah urusan poligami
Kerajaan Melaka mempermudah urusan bagi orang Islam yang ingin berpoligami, apabila tempoh kelulusan untuk tujuan tersebut dipendekkan kepada 21 hari.

Melaka sasar bina 30 menara telekomunikasi tahun ini
Ia juga bagi memberi keselesaan kepada masyarakat sekali gus menyelesaikan masalah capaian Internet rendah di kawasan terlibat.

Penyelia tapak didakwa tipu dalam urusan jual beli tanah RM2 juta
Seorang penyelia tapak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini atas pertuduhan memperdayakan dalam urusan jual beli tanah membabitkan nilai RM2 juta, dua tahun lepas.

Melaka dipilih jadi tuan rumah Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 - PM
Kerajaan bersetuju agar Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 diadakan di Melaka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna topi keledar
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di persimpangan masuk Taman Cheng Utama pada Khamis lepas.

Beras Melaka akan mula dijual di pasaran pada April
Penjualan Beras Melaka buat pertama kali akan diedarkan di pasaran di negeri ini dalam tempoh dua minggu lagi, dengan membabitkan kira-kira 3,000 kampit.

Perantau Indonesia pulang beraya guna feri
Kemeriahan menjelang Aidilfitri kian terasa apabila lebih 1,000 perantau warga Indonesia pulang ke kampung halaman masing-masing sejak awal minggu ini, melalui Terminal Kota Laksamana.

221,000 kenderaan dijangka memasuki Melaka sempena Aidilfitri
Kira-kira 221,000 kenderaan dijangka memasuki Melaka melalui tiga tol di negeri itu sempena cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri, pada minggu hadapan.