awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka rekod kira-kira 500 kes tibi setiap tahun

Bernama
Bernama
31/03/2023
08:12 MYT
Melaka rekod kira-kira 500 kes tibi setiap tahun
Dr Rusdi berkata jumlah itu melibatkan 88 kes direkodkan di Melaka Tengah, diikuti 35 kes di Alor Gajah dan 10 kes di Jasin. - Gambar Astro AWANI
MELAKA: Melaka merekodkan kira-kira 500 kes penyakit Tuberkulosis atau tibi setiap tahun, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.
Beliau berkata keadaan itu dilihat merisaukan kerana ia satu jumlah yang agak tinggi dengan anggaran 20 orang bagi setiap 100,000 penduduk di negeri ini dijangkiti penyakit tersebut.
"Ini bukannya satu angka yang baik kerana di Melaka terdapat kira-kira satu juta penduduk dan jumlah ini dilihat masih tinggi selain perlu dibendung.
"Sehingga Minggu Epid 12 pada tahun ini, sebanyak 127 kes direkodkan berbanding 107 kes bagi tempoh sama tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dr Rusdi berkata jumlah itu melibatkan 88 kes direkodkan di Melaka Tengah, diikuti 35 kes di Alor Gajah dan 10 kes di Jasin.
Katanya Jabatan Kesihatan menggesa mereka yang mempunyai simptom atau tanda dijangkiti tibi seperti demam pada waktu malam atau batuk berpanjangan lebih seminggu untuk hadir ke klinik kesihatan bagi menjalani pemeriksaan.
"Kita juga kini sudah ada cara pantas untuk mengesan kuman tibi dan nasihat saya kepada mereka yang mempunyai simptom itu, agar segeralah ke klinik untuk mendapatkan rawatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Klinik kesihatan
#rawatan
#tuberkulosis
#Simptom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan