KUALA LUMPUR: Selepas berbulan lamanya catatan kes positif harian lima angka menjadi kebiasaan, akhir-akhir ini akhirnya kita dapat melihat ia sudah mula bermain di sekitar bawah 10,000.
Perkembangan vaksinasi pula cukup memberangsangkan, kini kita sudah menghampiri 90 peratus vaksinasi seluruh warga dewasa. Imuniti kelompok berjaya kita capai pada garis masa sepertimana yang disasarkan.
Pencapaian ini memberi petanda bahawa sempadan antara negeri akan kembali dibuka tidak lama lagi, yang sekian lama dinanti-nantikan oleh semua khususnya yang sudah dua tahun tidak mencium dan memeluk ibu bapa di kampung, apabila bermulanya fasa endemik di negara kita.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sudah memaklumkan yang fasa endemik nanti lebih kelonggaran diberikan, penguatkuasaan tidak seketat waktu pandemik dahulu, dan lebih banyak sektor akan dibuka.
Kini semuanya bergantung kepada rasa tanggungjawab masing-masing setiap anggota masyarakat Malaysia untuk terus memegang kepada SOP kawalan kendiri dalam memastikan perebakan virus COVID-19 dapat dibendung walau majoritinya sudah terlindung dengan vaksin.
Namun sejauh manakah makna endemik itu difahami setiap rakyat Malaysia, paling tidak pun mengerti apakah keperluan yang penting untuk dipatuhi ketika melangkah dalam fasa baharu norma baharu ini?
Adakah apabila sudah sampai 90 peratus imuniti kelompok itu bermakna tidak perlu divaksin mereka yang masih belum? Bagaimana juga kita dapat menambah baik mutu perkhidmatan serta birokrasi sistem kesihatan kita supaya lebih kemas, cekap dan memudahkan?
Segala persoalan sekitarnya akan diajukan dan cuba dijawab oleh Khairy Jamaluddin dalam Agenda AWANI hari ini (Ahad) jam 8 malam, eksklusif di saluran 501 dan astroawani.com.
Israr Khalid
Sun Oct 10 2021
Segala persoalan sekitarnya akan diajukan dan cuba dijawab oleh Khairy Jamaluddin dalam Agenda AWANI hari ini (Ahad) jam 8 malam, eksklusif di saluran 501 dan astroawani.com.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.