awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melayu tetap sokong Dr Mahathir dan PH - Tinjauan UIAM

Astro Awani
Astro Awani
27/12/2018
22:23 MYT
Melayu tetap sokong Dr Mahathir dan PH - Tinjauan UIAM
Tidak ada perubahan ketara dalam tahap kepuasan orang ramai terhadap perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin politik dan sokongan kepada Pakatan Harapan. -Gambar fail
HASIL tinjauan yang dilakukan oleh Unit Kajian Pilihan Raya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mendapati masyarakat Melayu dan Bumiputera masih menyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan (PH).
Kaji selidik yang dilakukan di seluruh negara pada Disember oleh Prof Datuk Seri Syed Arabi Idid dan pembantunya Azrul Hisyam Wakichan mendapati tidak ada perubahan ketara dalam tahap kepuasan orang ramai terhadap Dr Mahathir dan sebagai pemimpin politik dan sokongan kepada PH sebagai parti yang memerintah sejak Ogos lepas.
Bernama melaporkan, tinjauan ini adalah kesinambungan daripada tinjauan pertama yang dijalankan pada Ogos 2018 mengenai Isu-isu Semasa Nasional.
Hasil kaji selidik ini bercanggah dengan dapatan yang diumumkan oleh bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa populariti Dr Mahathir menurun kepada 53 peratus berbanding 72 peratus pada Jun.
Rafizi mendakwa tinjauan yang dibuat oleh Invoke mendapati penurunan populariti Dr Mahathir dan PH disebabkan rakyat kecewa dengan kerajaan kerana gagal kurangkan kos sara hidup yang tinggi disamping gagal menunaikan janji pilihan raya.
Dr Mahathir bagaimanapun dengan sinis berkata ramalan Rafizi dan Invoke pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 'sangat tepat'.
Untuk rekod, sebelum PRU14, hasil kaji selidik Invoke yang diumumkan oleh Rafizi juga mendapati Pas akan tewas di Kelantan serta tidak akan memenangi sebarang kerusi Parlimen.
Namun, keputusan PRU14 mendapati Pas bukan hanya kekal memerintah di Kelantan dengan kemenangan selesa tetapi turut merampas Terengganu dari Barisan Nasional serta memenangi 18 kerusi Parlimen.
Tinjauan yang dibuat UIAM ini mendapati, sokongan paling tinggi untuk PH ialah daripada masyarakat Cina (73%) diikuti kaum India (56%). Sebanyak 42 peratus masyarakat Melayu dan Bumiputera memilih PH, peratusan yang sama seperti pada Ogos.
Dr Mahathir masih mendapat sokongan daripada sebilangan besar rakyat tanpa mengira kaum, pendapatan, pendidikan dan jantina, dengan 62 peratus daripada responden menyatakan kepuasan mereka kepada beliau pada Ogos dan Disember.
Tinjauan pada Disember juga mendapati tahap kepuasan terhadap pemimpin lain iaitu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat atau turun sebanyak satu peratus atau kekal pada tahap sama seperti pada Ogos 2018.
Bagaimanapun, hanya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Menteri Kewangan mencatatkan peningkatan tahap kepuasan orang ramai daripada 36 peratus kepada 45 peratus dalam tempoh yang sama.
Apabila responden ditanya parti mana yang akan mereka undi jika pilihan raya diadakan hari ini, 55 peratus memilih Pakatan Harapan (termasuk Warisan), Barisan Nasional (24 peratus) dan PAS (16 peratus).
Dalam tinjauan awal pada Ogos, 56 peratus menyatakan bahawa mereka lebih suka memilih untuk mengundi PH, berbanding BN (24 peratus) dan PAS (14 peratus).
Tinjauan pada Disember melibatkan 1469 responden manakala tinjauan pada Ogos melibatkan 1,500 responden.
Responden di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak secara peribadi ditemu bual dan dipilih berdasarkan kepadatan populasi, komposisi kaum, latar belakang pendidikan yang berbeza, umur dan jantina.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan