Memalukan! Siti Nurhaliza luah kebimbangan dengan kemelut menimpa Tabung Haji

Astro Awani
Mei 9, 2015 10:47 MYT
Tuit Siti Nurhaliza walaupun ringkas tetapi memberi impak tersendiri kepada pihak yang memahami tentang situasi yang berlaku di Lembaga Tabung Haji.
Akaun Twitter penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mendapat perhatian umum hari ini apabila tuit beliau menyentuh tentang situasi yang melibatkan urus niaga pembelian hartanah oleh Lembaga Tabung Haji (LTH).
“Sangat memalukan dengan apa yg terjadi dgn kes Tabung Haji.. Ya Allah Lindungi kami,” ujar Siti Nurhaliza dalam Twitternya.

Sangat memalukan dengan apa yg terjadi dgn kes Tabung Haji..Ya Allah Lindungi kami ..

— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) May 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tuit tersebut walaupun ringkas tetapi memberi impak tersendiri kepada pihak yang memahami tentang situasi berkenaan. Setelah lima jam, tuit tersebut telah mendapat lebih 2,500 tweet semula dan lebih 1,000 ‘Like’.
Pada Khamis lalu, LTH mengesahkan telah membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Board (1MDB).
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah menerusi kenyataan media.
Menurutnya, pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.
BACA: Tabung Haji sahkan pembelian tanah di Tun Razak Exchange
Tindakan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi awam sehinggakan beberapa tokoh politik dan individu berpengaruh turut menzahirkan pandangan dan pritikan mengenainya.
BACA: PM digesa beri penjelasan isu Tabung Haji beli tanah TRX milik 1MDB
BACA: Wang ini bukan milik Tabung Haji, kenapa guna untuk selamatkan 1MDB - Tun M
BACA: Batalkan transaksi jika boleh elak persepsi negatif pendeposit - Khairy
#Siti Nurhaliza #Tabung Haji #Tun Razak Exchange #Twitter