Skip to main content

Malaysia

Memang tugas pempengaruh promosi barangan, pengguna jangan mudah terpengaruh – Penganalisis

KUALA TERENGGANU, 29 Mac -- Bazar Aidilfitri di Dataran Shahbandar kini semakin sesak dengan pengunjung yang hadir bagi meluangkan masa bersama ahli keluarga semasa berbelanja barangan pakaian baharu sebagai persiapan menyambut Aidilfitri ketika tinjauan FotoBernama di sini malam ini.  --fotoBERNAMA
Dr. Shahizan Md Noh mengingatkan pengguna untuk bijak berbelanja untuk persiapan Aidilfitri. - foto/BERNAMA

KUALA LUMPUR:

Tidak wajar untuk menuding jari kepada pempengaruh sebagai punca pengguna terlebih berbelanja untuk membuat persiapan perayaan, memandangkan kumpulan tersebut sememangnya diupah untuk melakukan promosi.  

Ahli Bersekutu Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM), Dr. Shahizan Md Noh berkata soal pengurusan kewangan akhirnya bergantung kepada diri sendiri.  

“Kalau tidak ada pempengaruh maka tidak akan terjual produk-produk baru yang ditawarkan. Memang itu tujuan pemasar-pemasar menggunakan pempengaruh dan selebriti untuk memasarkan produk-produk mereka.  

“Akhirnya ia berbalik kepada budaya FOMO (takut ketinggalan) yang menjadi ikut-ikutan. Kadang-kadang kita ambil tahu pula apa yang dipakai jiran sebelah untuk kita juga pakai. Ia berbalik kepada diri sendiri untuk pastikan kita tidak tergolong dalam kalangan yang berbelanja tanpa sebab,” kata pakar industri luar itu. 

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan (Sabah), Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul pula berkata, budaya masyarakat Sabah yang meraikan perayaan dengan tumpuan kepada menyambut tetamu perlu dicontohi. 

“Kalau ke Ranau, susah untuk lihat satu keluarga (berpakaian) sedondon. Tidak ada stigma. Di rumah juga tidak ada perhiasan lebih-lebih. Sebaliknya, fokus kepada layan tetamu.  

“Kadang-kadang makanan juga biasa-biasa saja. Itulah juga sebenarnya yang saya suka mengenai Sabah. Tidak ada stigma,” katanya. 

Advertisement

Must Watch Video