Dari segi kesihatan awam, semua vaksin yang ditawarkan untuk menangani jangkitan COVID-19 adalah selamat dan berkesan.
Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, vaksin yang paling baik sekarang ini adalah vaksin yang sedia ada.
"Ini bermaksud, kita perlu mengambil apa sahaja vaksin yang disediakan untuk kita dan kita harap dengan pengambilan tersebut dapat membantu melindungi seseorang dari mendapat jangkitan," ujar beliau.
Oleh itu, kemudahan memilih vaksin tidak seharusnya menjadi keutamaan ketika ini, sebaliknya, perkara lebih utama adalah untuk mempercepatkan pemberian vaksin, tidak kira jenamanya.
Dr Malina berpendapat, apa yang diputuskan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin itu selaras dalam bidang kesihatan awam.
"Tidak perlu memilih (vaksin), sebab dalam konteks kita sekarang ini, ialah kita perlu menurunkan kadar jangkitan secepat yang mungkin.
"Sebab jika kita lewat, angka akan bertambah dan bertambah dan ia akan menyebabkan sesuatu yang tidak kita jangka dalam sistem perkhidmatan kesihatan kita," kata Dr Malina dalam Buletin AWANI pada Isnin.
Di samping itu, beliau turut mengulas mengenai varian baharu India-UK yang dikhuatiri memasuki Malaysia.
"Kalau kita lihat secara semulajadi, virus itu akan terus mengalami mutasi. Kemungkinan untuk varian baharu ini muncul di Malaysia, adalah ada.
"Cuma, apa yang kita boleh lakukan adalah hanya berjaga-jagalah dari segi kemasukan pintu keluar masuk antarabangsa negara untuk memastikan tidak ada kemungkinan itu berlaku," ulasnya lagi.
Tambah beliau, kewujudan varian baharu ini dipercayai akibat pergerakan individu yang membawa virus itu ke lokasi baharu, seterusnya secara semulajadi berlaku mutasi.
Eton Khir
Mon May 31 2021
Memilih vaksin bukan perkara utama, kerana yang lebih penting sekarang ini adalah untuk memvaksinasi seramai orang yang boleh dalam usaha mencegah penularan yang tidak terkawal di negara ini. - Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.