awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memorandum bantah GIP: 'Carilah alamat betul', pesan Anthony Loke kepada Wan Fayhsal

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
23/05/2024
08:22 MYT
Memorandum bantah GIP: 'Carilah alamat betul', pesan Anthony Loke kepada Wan Fayhsal
Anthony Loke menasihatkan Wah Ahmad Fayhsal untuk mencari 'alamat' yang betul jika mahu menghantar memorandum bantahan berhubung pegangan saham MAHB. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Anthony Loke Siew Fook menasihatkan Wah Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencari alamat yang betul jika mahu menghantar memorandum bantahan berhubung pegangan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Menteri Pengangkutan itu menegaskan, Ahli Parlimen Machang itu ‘salah pintu’ jika menghantar memorandum tersebut kepada Kementerian Pengangkutan.
Tegasnya, Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak langsung terlibat dalam keputusan penjualan saham syarikat berkenaan.
“Kalau nak hantar memorandum bantahan, tak sepatutnya pergi MOT. Keputusan itu bukan di bawah MOT. Saya dah nyatakan beberapa kali.
“Saya rasa kesal, Ahli Parlimen pun tak faham. Kalau nak hantar memorandum, sepatutnya pergi cari tempat yang betul. Dia salah pintu.
“Kalau nak hantar memorandum, patut pergi ke Khazanah, tak patut datang ke Kementerian Pengangkutan, sebab MOT tiada kena-mengena dengan tindakan atau keputusan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Wisma Monorel Kuala Lumpur pada Khamis.
Tambah beliau, kementeriannya hanya bertindak sebagai pengawal selia kepada MAHB dan tidak terlibat dalam penjualan saham syarikat berkenaan.
“Operator itu nak mengadakan kerjasama dengan siapa, itu terpulang kepada mereka,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap soalan media berkaitan tindakan menghantar memorandum bantahan penjualan saham tersebut di hadapan bangunan MOT di Putrajaya pada Khamis.
Medis sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin turut menggesa kerajaan membatalkan penjualan 30 peratus blok saham MAHB kepada syarikat asing kerana tiada keperluan mendesak untuk urusniaga itu.
Menurutnya, tawaran sukarela prasyarat dibuat oleh Gateway Development Alliance (GDA) berkaitan pemberian saham kepada anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan Global Infrastructure Partners (GIP) adalah tidak rasional.
GIP dan rakan kongsi dari Abu Dhabi didakwa akan memiliki 30 peratus saham MAHB dan ia menjadi isu kontroversi kerana GIP didakwa adalah subsidiari syarikat Blackrock yang pro kepada Israel.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Wan Ahmad Fayhsal
#Malaysia Airports Holdings Berhad
#Ahli Parlimen Machang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan