AARHUS: Biarpun harapan untuk melangkah ke suku akhir tidak kesampaian, kapten skuad Piala Uber negara Lee Meng Yean berjanji bahawa beliau dan rakan sepasukan tetap akan berjuang hingga perlawanan terakhir.
Walaupun tewas 4-1 kepada Denmark pada Sabtu dan kecundang 5-0 di tangan China pada Ahad, pemain beregu berusia 27 tahun itu percaya bahawa skuad negara yang dibarisi oleh pemain muda telah mempamerkan aksi dan semangat juang tinggi.
Pada masa sama, beliau turut yakin bahawa barisan pemain Malaysia mampu menundukkan Kanada dalam aksi terakhir Kumpulan D, esok (awal pagi Selasa waktu Malaysia).
"Selepas tewas dua perlawanan, memang sukar nak layak ke suku akhir, tetapi kita akan kekalkan semangat juang kita menentang Kanada esok. Kita akan terus berjuang hingga perlawanan terakhir tidak kira menang atau kalah," katanya di Ceres Arena di sini.
Terdahulu, juara Olimpik Chen Yu Fei memulakan kemenangan China dengan mengatasi Eoon Qi Xuan 21-13, 21-11, diikuti kemenangan 21-12, 21-17 oleh Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting ke atas Lee Meng Yean-M Thinaah, manakala He Bing Jiao menewaskan Siti Nurshuhaini Azman 21-8, 21-3.
Skuad negara terus dilanda derita apabila beregu kedua China, Huang Dong Ping-Jia Yi Fan menundukkan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing 21-9, 21-12, sebelum Wang Zhi Yi melengkapkan kemenangan dengan menewaskan K. Letshanaa 21-15, 21-11.
Mengulas mengenai perlawanan semalam, Thinaah berkata pergerakan mereka agak perlahan, manakala pertahanan cukup baik, ditambah pula serangan lawan yang agresif.
Pemain muda negara Qi Xuan yang diturunkan selaku perseorang pertama menentang Yu Fei berkata perasaannya bercampur-baur dapat beraksi menentang pemain nombor dua dunia itu.
"Saya gembira dan pada masa sama gementar, saya rasa boleh belajar dengan dia banyak perkara, permainannya tenang dan tidak gelabah. Awal-awal perlawanan tadi, mungkin dia tidak tahu permainan saya, tetapi selepas baca permainan saya, dia dah boleh agak rentak saya.
"Permainannya sangat bagus, saya bermain agak perlahan dan dia dah menguasai permainan saya. Rentak permainan dia agak cepat, apabila saya membalas hantaran, pukulan balasnya datang balik dengan laju," katanya sambil menambah bahawa beliau bersedia mempamerkan aksi terbaik jika diturunkan pada perlawanan menentang Kanada nanti.
Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan wanita negara Indra Wijaya percaya bahawa anak buahnya telah mempamerkan prestasi dan semangat juang tinggi, walaupun masih ketinggalan dari segi pengalaman dan pendedahan di peringkat tertinggi untuk mencabar lawan bertaraf dunia.
"Kita datang dengan pemain muda, ini adalah kejohanan pertama dan tertinggi bagi beberapa pemain selepas dinaikkan pangkat dari skuad junior.
"Apabila bertemu pasukan seperti China dan Denmark, kita kena terima realiti bahawa mereka jauh lebih baik dan walaupun kita masih jauh (ketinggalan) pemain mempamerkan aksi yang cukup baik. Ini adalah pengalaman yang baik untuk mematangkan mereka.
"Pemain seperti Qi Xuan, Letshanaa dan Siti telah menampilkan aksi yang baik, usaha kita akan membuahkan hasilnya nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021

Lee Meng Yean (kiri) berasma Lee Zii Jia ketika menerima lawatan Menteri Belia dan Sukan di Akademi Badminton Malaysia pada 18 September 2021. - Foto fail/BERNAMA

Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.

Pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia sepatutnya tidak jadi isu - Saifuddin
Pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu, sepatutnya tidak menjadi isu.

Bukan MN, tetapi individu tolak MN sedang nyawa-nyawa ikan - Sanusi
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) tidak berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Anthony Albanese bakal Perdana Menteri Australia baharu
Keputusan awal ini dikeluarkan oleh tiga media tempatan utama Australia, Perbadanan Penyiaran Australia, 7 News dan Sky News Australia.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Agenda AWANI Asia: Era Baharu Keunggulan Muzium
Tema sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2022 ‘The Power of Museum’, adakah relevan dalam konteks semasa? Muzium sebagai insitusi Pendidikan, pentingnya adaptasi dengan perkembangan teknologi digital? Saksikan Agenda Awani Asia, Sabtu 9 malam.

Sabah pohon RM265 juta baiki jalan rosak
Kerajaan Sabah telah memohon RM265 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk membaiki jalan raya yang rosak di negeri ini.
![AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968037/thumbnails/39699936581653138454892_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda: 1. Peniaga, Pengguna resah, bekalan ayam meruncing, apa tindakan kerajaan? 2. Kerajaan mungkin perkenal mekanisme bahan api bersasar, bantu orang susah 3. Selebriti aktif politik, Altimet lawan Hans Isaac jawatan Ketua Cabang PKR #AWANInews #MalaysiaSihat

Pelancaran Pejuang Sabah dijadualkan esok ditangguhkan - Mukhriz
Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Sabah yang dijadualkan esok ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

AWANI Ringkas: Mayat pendaki kedua ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.

Sukan SEA Hanoi: Badminton gagal pertahan emas perseorangan lelaki, wanita
Pemain muda badminton negara gagal mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki dan wanita pada Sukan SEA.

Sukan SEA Hanoi: Skuad badminton lelaki kempunan pingat emas
Skuad muda negara gagal menyaingi kehebatan Thailand apabila terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Malaysia layak ke separuh akhir badminton lelaki berpasukan
Malaysia menyamakan kedudukan apabila Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengetepikan cabaran Do Tuan Duc-Pham Hong Nam.

India cipta sejarah menang Piala Thomas buat kali pertama
India mencipta sejarah hari ini apabila merangkul kejuaraan Piala Thomas buat pertama kali sejak Piala Thomas diasaskan pada 1948.

Piala Thomas: Jun Hao terkedu kekalahan mengejut Malaysia
Jun Hao mengalami kekalahan straight set kepada Prannoy HS 13-21, 8-21 dalam persaingan sengit pada Khamis.

Badminton Piala Uber: Malaysia tewas tipis kepada Denmark
Skuad badminton wanita negara memulakan kempen Kumpulan C, Piala Uber 2022 dengan kekalahan tipis 2-3 kepada Denmark.

Mampukah Zii Jia dan rakan-rakan akhiri kemarau 30 tahun Piala Thomas?
Selepas bola sepak, badminton menjadi sukan kedua paling popular di Malaysia.

Piala Uber: Jin Wei teruja, harap tuah kali kedua di Bangkok
Empat tahun lepas, bekas juara junior dunia Goh Jin Wei membuat penampilan keduanya dalam Pusingan Akhir Piala Uber di Impact Arena.

Piala Thomas: 'The Nights' dari DJ Avicii lagu semangat pasukan beregu lelaki
"He said, one day you'll live the world behind, so live a life you will remember," ("Katanya, suatu hari kamu akan meninggalkan dunia ini, maka jalanilah kehidupan yang akan kamu kenangkan,")