awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Terengganu saman penumpang, pemandu bas ekspres

Bernama
Bernama
04/07/2025
02:40 MYT
JPJ Terengganu saman penumpang, pemandu bas ekspres
Zamri berkata sebanyak 85 bas ekspres dan persiaran diperiksa dalam operasi yang dijalankan selama tiga hari di seluruh negeri. - Foto fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan empat saman terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres kerana tidak memakai tali pinggang keledar dalam Ops Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) dan Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) yang dilaksanakan sejak 1 Julai lepas.
Pengarahnya Zamri Samion berkata operasi khas tersebut susulan arahan kerajaan mewajibkan pemakaian tali pinggang terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres dan persiaran mulai 1 Julai.
"Sebanyak 85 bas ekspres dan persiaran diperiksa dalam operasi yang dijalankan selama tiga hari di seluruh negeri.
"Kita dapati tahap kepatuhan sangat baik apabila hanya empat saman dikeluarkan termasuk satu kepada pemandu bas dan tiga penumpang bas ekspres," katanya pada Ops KPA/KPB di Chendering di sini malam tadi.
Zamri berkata bagi meningkatkan kesedaran dan pematuhan, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pengusaha bas ekspres dan bas persiaran pada minggu depan untuk tujuan advokasi secara lebih intensif.
Beliau berkata sebarang aduan berkaitan isu pemakaian tali pinggang keledar boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ atau emel ke [email protected].
"Kita akan jumpa dengan pengusaha bas untuk memberi penerangan lebih mendalam bagi meningkatkan kesedaran bukan sahaja dalam kalangan pemandu malah penumpang.
"JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkait keselamatan dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang gagal menunjukkan kepatuhan terhadap peraturan serta undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#Zamri Samion
#tali pinggang keledar
#bas ekspres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan