awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Skim insurans asas kunci penjagaan kesihatan mampu milik - Lee Lam Thye
MALAYSIA
Kerajaan Johor jamin tiada gangguan bekalan minyak masak peket - MB
MALAYSIA
Kempen Buah Tempatan diperhebat, sokong petani tempatan - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Mengaku salah terima suapan RM12,000, pegawai Imigresen 'meraung' dihukum penjara 30 hari

Fareez Azman
Fareez Azman
09/12/2020
08:24 MYT
Sponsor Banner
Mengaku salah terima suapan RM12,000, pegawai Imigresen 'meraung' dihukum penjara 30 hari
Sebelum hukuman dijatuhkan, Zalizi berkata, dia menginsafi perbuatannya itu dan memohon mahkamah meringankan denda dan hukuman terhadapnya kerana mempunyai tanggungan isteri dan anak yang berusia lebih setahun. - Gambar hiasan
SHAH ALAM:Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Zalizi Ismail, 26, meraung ketika dipeluk abang dan kakaknya selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM20,000 selepas mengaku bersalah menerima suapan RM12,000 pada 2 Disember lalu.
Sebelum hukuman dijatuhkan, Zalizi berkata, dia menginsafi perbuatannya itu dan memohon mahkamah meringankan denda dan hukuman terhadapnya kerana mempunyai tanggungan isteri dan anak yang berusia lebih setahun.
Zalizi membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Rozilah Salleh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(A), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan turut didakwa atas pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, dia yang juga Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Operasi JIM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa melakukan kesalahan menerima suapan berjumlah RM12,000 sebagai dorongan mempercepatkan proses dua tahanan JIM warganegara China untuk pulang ke negara asal.
Rozilah bagaimanapun menjelaskan bahawa rasuah merupakan kesalahan serius yang perlu dielakkan.
“Saya percaya bila kamu mengaku salah, kamu sudah fikir masak-masak. Kamu tahu selepas pengakuan kamu ini, kamu akan diberhentikan kerja.
"Memang susah hendak mengaku salah, saya doakan hukuman kamu di dunia hari ini cukup sebagai kifarah kamu di akhirat kelak,” kata Rozilah.
Topic Berkaitan
#SPRM
#KLIA
#Imigresen
#warganegara China
#mahkamah
#Rasuah
#penjara
#operasi
#Pegawai Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami