awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengaku tipu, lulus kad kredit pelanggan, bekas pegawai bank didenda RM8,000

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2023
05:10 MYT
Mengaku tipu, lulus kad kredit pelanggan, bekas pegawai bank didenda RM8,000
Leong Yew Hong (foto) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari. -Astro AWANI
TAIPING: Seorang bekas pegawai bank didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas tuduhan menipu majikan dengan meluluskan kad kredit pelanggan untuk kegunaan sendiri.
Tertuduh, Leong Yew Hong, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara lapan bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.
Mengikut kertas pertuduhan, dia yang bertugas sebagai pegawai pemasaran sebuah bank didakwa telah menipu majikannya dengan cara meluluskan kad kredit atas nama seorang individu lain, pada 27 November 2022.
Berdasarkan fakta kes, siasatan mendapati sebanyak RM8,564.40 telah dikeluarkan daripada kad kredit atas nama individu berkenaan.
Siasatan lanjut pihak bank mendapati terdapat 17 lagi kad kredit yang menggunakan maklumat pelanggan yang mengakibatkan kerugian keseluruhan kepada pihak bank sebanyak RM563,422.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Amalina Harun manakala tertuduh diwakili Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Puteri Hikmatul Raudah Dzulaika Mohamad.
Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid berkata, tertuduh ditahan di rumahnya di Jinjang pada Isnin selepas polis menerima laporan daripada pengurus siasatan bank berkenaan pada 17 Jan lepas.
Menurutnya, pihak bank telah kerugian sebanyak RM563,422 ekoran daripada penggunaan 18 kad kredit yang telah diluluskan tanpa pengetahuan pelanggan.
Topic Berkaitan
#Leong Yew Hong
#menipu majikan
#lulus kad kredit pelanggan
#pegawai pemasaran bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan