awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengamuk gara-gara tidak dapat bekalan dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2022
22:40 MYT
Mengamuk gara-gara tidak dapat bekalan dadah
Lelaki yang mengamuk dengan memegang sebilah pisau di tepi jalan berdekatan kawasan perumahan di Kampung Teluk Kalong, Kemaman, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
KEMAMAN: Gara-gara tidak dapat bekalan dadah, seorang lelaki mengamuk dengan memegang sebilah pisau di tepi jalan berdekatan kawasan perumahan di Kampung Teluk Kalong, di sini pada Rabu.
Tindakan lelaki itu bagaimanapun mengundang padah setelah dia ditahan polis susulan laporan daripada orang awam yang menyaksikan kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 27 tahun ditahan kira-kira jam 2 petang dan pihak polis turut merampas sebilah pisau berukuran 12 inci.
"Hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut mengaku mengamuk kerana tidak berpuas hati selepas sukar mendapat bekalan dadah.
"Suspek yang positif methamphetamine ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad," katanya ketika dihubungi pemberita, pada Sabtu.
Dalam pada itu, katanya, pihak polis percaya suspek dan penagih dadah di sekitar kawasan itu terputus bekalan dadah susulan penahanan beberapa pengedar dadah sejak minggu lalu.
"Saya nasihatkan supaya ahli keluarga melaporkan kepada pihak polis jika ada individu lain yang berkelakuan sama untuk tindakan lanjut," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Dadah
#mengamuk
#pisau
#Kampung Teluk Kalong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan