PORTAL The Malaysian Insider akhirnya ditutup buat selama-lamanya pada 15 Mac 2016 lalu.
The Edge mengakui bahawa meskipun menduduki tempat ketiga dalam kedudukan portal berita paling popular di Malaysia, hakikatnya mereka kerugian hampir atau sekurang-kurangnya RM10 juta.
Hal ini disebabkan oleh kurangnya sokongan komersial untuk memastikan portal tersebut terus hidup.
Kepentingan sokongan komersial
Sesiapa saja atau mana-mana pihak yang terus mahu mengembangkan sayapnya – ataupun mahu terus kekal bernyawa – tidak dinafikan amat memerlukan sumber kewangan walaupun bergerak dalam alam maya.
Malaysiakini contohnya menawarkan pakej langganan bulanan untuk mengakses kandungan penuhnya, terutama kandungan yang disediakan dalam Bahasa Inggeris.
Tidak cukup dengan itu, Malaysiakini juga masih lagi menunggu agar permohonan mengeluarkan versi bercetak untuk akhbar mereka diluluskan kerajaan.
Menyokong kandungan yang kita gemari di internet
Sungguhpun begitu, tidak begitu ramai rakyat Malaysia yang benar-benar mahu mengeluarkan belanja untuk mengakses kandungan yang mereka benar-benar gemari, apatah lagi jika bahasa pengantar yang lazim digunakan pengguna ialah Bahasa Melayu.
Mereka akan terus persoalkan, “Dah aku bayar mahal-mahal Unifi ni sebulan, takkanlah aku nak kena bayar nak tengok benda lain pula? Baik aku beli CD daripada bayar iflix kalau tengok bahan di internet pun kena bayar sekali lagi!”
Mungkin ini dilihat adil pada pihak pengguna. Tetapi bagaimana pula dengan pihak pembekal bahan kegemaran anda?
Cuba bayangkan berapa banyak kos pembuatan video kegemaran anda di YouTube dengan kualiti HD, suntingan video menggunakan perisian asli daripada pembangun perisian asal, sewaan tempat penggambaran video, masa yang diperlukan oleh penyunting dan pengarah video bagi bagi memastikan video yang bakal dimuat naik memenuhi kehendak orang ramai masa ini?
Bagaimana pula dengan bayaran pelakon, tambang mereka ke lokasi dari tempat tinggal, makan minum mereka dan antara yang paling sukar, idea asal mereka?
Begitu juga dengan pembekal bahan berita dan artikel dalam talian yang 100 peratus percuma seperti Free Malaysia Today, Majalahjom.com dan yang baru ditutup baru-baru ini, The Malaysian Insider.
Cuba bayangkan, mereka, seperti organisasi berita dan media lain juga punya wartawan mereka sendiri, jurugambar mereka sendiri, staf sumber manusia dan ramai lagi staf pengurusan lain.
Siapa yang akan menanggung nasib mereka?
Cuba anda kira sendiri (jika mampu), berapa tambang yang perlu wartawan dan jurugambar ini bayar untuk tiba ke tempat kejadian?
Berapa harga perakam yang perlu mereka beli bagi memastikan ketepatan berita yang bakal mereka laporkan?
Tidak cukup dengan itu, bagaimana pula penderitaan mereka apabila terpaksa 'mengharungi' staf editorial yang ketat dalam tapisan mereka?
Bagaimana pula dengan masa yang terpaksa mereka korbankan bagi mendapatkan berita terbaik pada masa yang tepat; juga masa yang terpaksa mereka korbankan untuk menyunting berita sebelum tarikh akhir penerbitan berita?
Sebab itulah ruang iklan atau polisi membenarkan iklan di portal-portal dan di video-video yang dimuat naik ke laman YouTube amat membantu para pembangun dan pengeluar bahan kegemaran anda.
Mungkin mereka tidak mengharapkan wang ringgit anda; hanya kesetiaan daripada kita. Tetapi bagaimana pula dengan komitmen daripada pihak kita?
Tahukah anda bahawa iklan-iklan inilah yang selama ini menjadi antara punca utama mereka kekal berada dan bekerja untuk terus membekalkan kandungan yang anda gemari setiap hari dan minggu?
Tahukah juga anda bahawa dengan memasang perisian menghalang iklan, anda telah, dengan signifikannya menutup salah satu cara agar mereka dapat terus mencipta dan membangunkan kandungan media?
Ya, itu hak anda untuk mendapatkan kandungan anda mahu. Tetapi anda harus pertimbangkan mana lagi sumber kewangan mereka jika anda tidak membeli kandungan dalam versi cetak, digital mahupun menderma dengan ikhlas kepada mereka?
Ideanya di sini ialah bukanlah kita perlu simpati terhadap mereka. Sebaliknya, kita perlu menghargai usaha mereka yang sedaya upaya menyampaikan bahan yang terbaik buat tatapan anda, lebih-lebih lagi jika anda tidak perlu membayar sesen pun kepada mereka!
Sekurang-kurangnya jika tidak dapat menghargai penat jerih mereka sekali pun, hargailah usaha mereka menghasilkan idea asli terbaik sebagaimana kita menghargai filem yang kita sanjungi dengan menontonnya di pawagam atau membeli cakera fizikal asli.
Oleh itu, selepas ini, apa kata anda pertimbangkan menutup “Adblocker” anda seketika atau sekali sekala?
Mungkin jika tidak ada “Adblocker” sebelum ini (dan sekatan daripada SKMM), The Malaysian Insider mungkin masih ada dan terus membekalkan bahan berita yang berlainan daripada apa yang ada di luar sana.
Wan Salman ialah pembaca astroawani.com. Beliau boleh dihubungi di Twitter @wsalmanwsallam
Beliau juga ahli Sekretariat Masyarakat Madani IKRAM Siswa Nasional
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Astro AWANI
Wan Salman Wan Sallam
Fri Mar 18 2016
Portal The Malaysian Insider akhirnya ditutup buat selama-lamanya pada 15 Mac 2016 ekoran kurangnya sokongan komersial untuk memastikan portal tersebut terus hidup. -Gambar fail
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Mengapa orang ramai perlu mula menerima keperluan iklan di internet?
Mana-mana pihak yang terus mahu mengembangkan sayapnya tidak dinafikan amat memerlukan sumber kewangan walaupun bergerak dalam alam maya.