Menuju ke arah negara berpendapatan tinggi, Malaysia memerlukan pekerja berkemahiran bagi mencapai matlamat itu menjelang 2020.
Namun, sehingga kini masyarakat masih dengan persepsi bahawa bidang kemahiran tidak memberikan pulangan yang tinggi dan berada pada kelas kedua.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Mutallib berkata, persepsi itu kini semakin berubah seiring dengan usaha kerajaan dalam mengarusperdanakan aliran teknikal dan vokasional dalam sumber tenaga mahir.
"Tapi hari ini sebenarnya, bukan begitu, kita patut ubah mentaliti ibu bapa bukan sahaja di luar bandar malah di bandar. Saya ingat matlamat 2020, pekerja berkemahiran cemerlang tiada masalah dicapai."
Ismail yang juga Pengerusi Pertandingan Kemahiran Malaysia dalam Analisis AWANI pada Rabu berkata, beberapa usaha juga telah digerakkan dengan menumpukan kepada peningkatan kualiti latihan kemahiran dalam menyediakan sumber manusia bagi memenuhi keperluan industri.
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Datuk Dr.Pang Chau berkata pelbagai peruntukan dana bagi pembentukan pembangunan belia berkemahiran dan kemudahan latihan bertaraf dunia turut disediakan.
"Kita telah memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa sistem latihan kemahiran kita dan belia kita telah sampai ke tahap tinggi dan tidak perlu meragui lagi keupayaan mereka."
Tambah Datuk Dr. Pang, pencapaian tertinggi peserta negara dalam ASEAN Skills Competition (ASC) 2014 yang telah berlangsung di Hanoi pada 24 Oktober lalu mengharumkan nama negara.
Pencapaian keseluruhan peserta Malaysia dalam ASC 2014, 9 emas, 5 perak, 4 gangsa dan 17 medalilion for excellence.
Astro Awani
Wed Nov 19 2014
Malaysia memerlukan pekerja berkemahiran bagi mencapai matlamat itu menjelang 2020. - File pic
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mengarusperdanakan aliran teknikal dan vokasional
Menuju ke arah negara berpendapatan tinggi , negara memerlukan pekerja berkemahiran bagi mencapai matlamat itu menjelang 2020.