awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Kementerian Komunikasi akan siar dokumentari ketokohan Pak Lah - Fahmi

Khalis Khadir
Khalis Khadir
17/04/2025
08:00 MYT
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Kementerian Komunikasi akan siar dokumentari ketokohan Pak Lah - Fahmi
Fahmi berkata, ia bagi membolehkan rakyat khususnya generasi muda mengenali serta menghayati ketokohan Perdana Menteri kelima itu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi bakal menyiarkan dokumentari serta bahan visual berkaitan jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan media sosial rasmi kementerian.

Ringkasan AI
  • Kementerian Komunikasi akan menyiarkan dokumentari dan bahan visual mengenai jasa Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui RTM dan media sosial.
  • Tujuan siaran adalah untuk generasi muda mengenali dan menghayati ketokohan Perdana Menteri kelima dalam membangunkan negara.
  • Jenazah Tun Abdullah akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, sebagai penghormatan tertinggi negara atas jasa beliau.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pendekatan itu bagi membolehkan rakyat khususnya generasi muda mengenali serta menghayati ketokohan Perdana Menteri kelima itu membangunkan negara.
“Saya juga telah minta supaya siri dokumentari dan juga bahan-bahan berkaitan jasa dan bakti Allahyarham Tun Abdullah dapat disiar dan disampaikan kepada rakyat,” katanya pada sidang media, di sini, pada Khamis.
Beliau menambah, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan membenarkan jenazah Allahyarham Tun Abdullah dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
“Keputusan itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada Selasa lalu,” katanya.
Jelas Fahmi, keputusan itu merupakan penghormatan tertinggi negara atas jasa dan pengorbanan Allahyarham dalam membina negara bangsa.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Tun Abdullah Ahmad Badawi
#RTM
#kementerian komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan