awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Mahkamah beri kebenaran kepada Najib untuk hadiri Istiadat Pengebumian Negara

Bernama
Bernama
15/04/2025
04:15 MYT
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Mahkamah beri kebenaran kepada Najib untuk hadiri Istiadat Pengebumian Negara
Najib membaca doa semasa hadir memberikan penghormatan terakhir ke atas Allahyarham Abdullah di Dewan Solat Utama Masjid Negara, Kuala Lumpur, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan permohonan rasmi kepada Jabatan Penjara, bagi mendapat kebenaran untuk menghadiri istiadat pengebumian Perdana Menteri Malaysia Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara semalam.
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah demikian pada perbicaraan kes yang sedang dihadapi Najib hari ini.
"Yang Arif, anak guam saya telah memohon kepada Jabatan Penjara untuk menghadiri pengebumian dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah. Ia akan diadakan di Masjid Negara, dan solat jenazah dijadualkan selepas waktu Zohor," kata Muhammad Shafee.
Pihak pendakwaan tidak membantah permohonan itu, dan mahkamah kemudiannya membenarkannya. Perbicaraan akan bersambung esok.
Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Sequerah mengarahkan Najib untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Najib, 71, sedang membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau ketika itu untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tun Abdullah Ahmad Badawi
#Pak Lah meninggal dunia
#Pengebumian Negara
#Najib Razak
#makam pahlawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan