awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih sejuta penganut Hindu dijangka banjiri Pulau Pinang sempena Thaipusam 2026
Pesara kerajaan rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan saham tidak wujud
Australia gesa semua pihak sokong dialog di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menghadap Yang di-Pertuan Agong: Pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan - Anwar Ibrahim

Firdaus Azil, Hasimi Muhamad
Firdaus Azil, Hasimi Muhamad
09/06/2021
04:19 MYT
Menghadap Yang di-Pertuan Agong: Pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Rabu. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Isu pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu selepas sejam menghadap Seri Paduka Baginda.
“Itu (pembentukan kerajaan baharu) soal yang tidak berbangkit sekarang,” katanya kepada pemberita di perkarangan pintu 2 Istana Negara, hari ini.
Terdahulu, Anwar tiba di Istana Negara pada pukul 10.37 pagi menaiki kereta jenis Jaguar berwarna hitam.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, selama sejam pertemuan dengan Seri Paduka Baginda, beliau turut mengemukakan pandangan berhubung penamatan Proklamasi Darurat.
Dakwa Anwar, penerusan pelaksanaan Proklamasi Darurat tidak membantu mengurangkan jangkitan COVID-19, selain hanya membebankan rakyat khususnya golongan bawahan.
Selain itu, Anwar berkata laporan dan dokumen sokongan turut dikemukakan kepada Al-Sultan Abdullah bagi pertimbangan baginda.
“Kita tengok semua langkah yang perlu dilakukan tidak memerlukan darurat.
“Kita merayu kepada Tuanku supaya menghalang penerusan ini sedaya upaya walaupun Tuanku tepat mengatakan jatuh kepada semangat Raja Berperlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri,” katanya.
Selain itu, turut dibangkitkan adalah mengenai pembukaan semula Parlimen dan keyakinan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara.
Tambah Anwar, Al-Sultan Abdullah berlapang dada mendengar semua pandangan tersebut.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#YDPA
#Istana Negara
#kerajaan baharu
#Perdana Menteri
#Al-Sultan Abdullah
#menghadap Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan