PARIS: Mengurangkan jurang digital antara negara harus disenaraikan sebagai antara bidang berpotensi untuk kerjasama antara Kesatuan Eropah (EU) dan negara Indo-Pasifik, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.
Dalam ucapannya pada sesi meja bulat semasa Forum Kerjasama Menteri Indo-Pasifik yang julung kali diadakan di sini, semalam, Kamarudin berkata ini penting kerana teknologi digital telah diiktiraf sebagai pemacu utama ke arah mencapai pemulihan, pertumbuhan dan transformasi sosioekonomi yang mampan dan berdaya tahan.
"Gangguan dalam rantaian bekalan global semasa pandemik (COVID-19) membuktikan bahawa ketersambungan yang teguh penting untuk memastikan daya tahan dalam aktiviti rentas sempadan dan sistem perdagangan global.
"Dalam hal ini, kerjasama ke arah mengurangkan jurang digital antara negara melalui pembinaan kapasiti serta perkongsian maklumat, pengetahuan dan teknologi adalah penting ketika kita bergerak bersama ke arah pemulihan pasca pandemik yang berdaya tahan untuk manfaat dan kemakmuran bersama," katanya.
Forum sehari itu dihoskan Perancis selaku pengerusi EU, mengetengahkan iltizam EU dan negara anggotanya untuk memperdalam penglibatan di Indo-Pasifik dan memperkenal model kerjasama berdasarkan keterbukaan dan keterangkuman.
Langkah itu selaras dengan penerbitan Strategi EU untuk Kerjasama di Indo-Pasifik, diluluskan Majlis Eropah tahun lalu. Ia merangkumi tujuh bidang keutamaan iaitu kemakmuran mampan dan inklusif; peralihan hijau; tadbir urus lautan; tadbir urus digital; ketersambungan; keselamatan dan pertahanan; dan keselamatan manusia.
Pada sesi meja bulat mengenai topik 'Ketersambungan dan Teknologi Digital', Kamarudin turut berkongsi komitmen Malaysia dalam transformasi digital dan usaha di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia serta penglibatan dalam agenda Ketersambungan ASEAN.
Beliau berkata Malaysia dalam hal itu mengalu-alukan sokongan dan kerjasama EU serta rakan kongsi luar ASEAN yang lain dalam melaksanakan inisiatif saling menguntungkan di bawah Prospek ASEAN di Indo-Pasifik, melalui mekanisme diterajui ASEAN dan berdasarkan prinsip Kepaksian ASEAN.
"Kerjasama sedemikian harus mengambil kira Pelan Induk mengenai Ketersambungan ASEAN 2025 dan Pelan Induk Digital ASEAN 2025. Malaysia bersedia untuk menyumbang melalui inisiatif MyDIGITAL kami," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Kamarudin berkata, Malaysia mengalu-alukan sokongan dan kerjasama EU serta rakan kongsi luar ASEAN yang lain dalam melaksanakan inisiatif saling menguntungkan di bawah Prospek ASEAN di Indo-Pasifik. - Gambar fail Bernama
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
Indeks Keterangkuman Digital Malaysia bakal dibangun ukur jurang digital
Indeks Keterangkuman Digital Malaysia (MyDID) akan dibangunkan untuk mengukur jurang digital dan membolehkan penyediaan dasar yang bersasar, termasuk pengagihan sumber dan pembangunan bakat.
Inisiatif kampung tanpa tunai giatkan industri pelancongan di Pahang
Langkah itu juga dapat memperluaskan aktiviti ekonomi peniaga dan orang awam melalui platform yang tersedia.
Seramai 31,092 telah dapatkan kad sim internet RM5 sebulan - Fahmi
Inisiatif ini diharap mampu membantu kurangkan beban golongan rentan untuk dapatkan akses internet dengan harga yang murah.
MEASAT-3d mampu tingkat keupayaan capaian internet di bandar, sub-luar bandar - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin pelancaran satelit MEASAT-3d akan meningkatkan keupayaan capaian internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar.
Mengurangkan jurang digital bidang berpotensi untuk kerjasama EU, Indo-Pasifik
Teknologi digital diiktiraf sebagai pemacu utama ke arah mencapai pemulihan sosioekonomi yang mampan dan berdaya tahan.
Negara Komanwel perlu bantu kurangkan jurang digital
Dalam usaha pulih daripada COVID-19, negara-negara Komanwel perlu mengambil tindakan secara kolektif untuk mengurangkan jurang digital di antara negara-negara maju dan membangun.
Penubuhan SPV demi pastikan liputan diperbaiki, syarikat penyedia tidak terbeban - MCMC
Pada masa sama penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.
Ancaman kemiskinan digital di Malaysia
Rupa-rupanya jurang digital mula membarah sehingga membentuk kemiskinan digital pula.
MCMC ambil pendekatan responsif tangani masalah capaian internet seluruh negara
Isu kesalinghubungan yang berlaku di beberapa lokasi seperti di Pitas dan Tuaran di Sabah, serta Bukit Selambau di Kedah telah diberi perhatian serius dan disusuli dengan tindakan oleh MCMC.
Jendela beri peluang belia Sabah jana pendapatan
Perdana Menteri berkata golongan belia adalah kumpulan pengguna kemudahan jalur lebar yang paling aktif.