BERBAKI beberapa hari sahaja lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, penyampai radio Feeya Iskandar diuji dengan pemergian ibu mentuanya pada Ahad.
Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, meskipun agak perit, dia dan suami tetap menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka.
“Ibu mentua saya meninggal pada waktu solat Subuh. Saya dan keluarga sempat mengadapnya ketika dia sedang menghembuskan nafas yang terakhir.
“Arwah pergi dalam keadaan yang sangat tenang, mudah dan pengakhiran yang sangat baik.
“Kita bersyukur dengan amalan arwah di dunia kerana ramai yang datang ziarah,” katanya kepada MH.
Cik Piah berkata demikian ketika ditemui di majlis iftar dan tayangan video raya Suria FM yang berlangsung di Sri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, penyampai segmen Hello Suria ini menyifatkan ibu mentuanya itu sebagai seorang yang sangat memahami dan menyayangi menantunya seperti anak sendiri.
“Walaupun dia ibu mentua, saya sayang dia seperti ibu sendiri. Sepanjang bergelar menantu, saya tak pernah berbalah dengan arwah.
“Kalau bergaduh dengan suami, dia tak pernah nak masuk campur atau nak menangkan anak dia.
“Walaupun kadang-kadang menantunya bangun lambat, tetap layan dengan baik. Namun, saya juga tahu nak tambat hati mentua sebab tahu saya tak sempurna,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Cik Piah akui pemergian ini sangat memberikan kesan buat suaminya saat ini.
“Suami saya anak bongsu. Jadi, dia memang rapat dan manja dengan ibunya. Kalau dia belikan apa-apa untuk ibu dia, saya tak pernah cemburu.
“Saya nampak dia sedih tapi suami dan adik beradiknya yang lain pun sudah reda. Sedih itu pasti sebab kenangan itu masih ada.
"Bila teringat mesti kita sebak tapi hidup harus diteruskan,” katanya.
Dalam pada itu, Cik Piah memaklumkan dirinya kini sudah memulakan pekerjaan seperti biasa.
“Saya memang sangat sedih. Luaran memang boleh nampak gelak ketawa. Sepatutnya saya masih bercuti tapi saya tetap ‘on air’ seperti biasa.
“Semuanya sudah selamat dan suami pun beri keizinan semalam. Kita tak boleh fikirkan perasaan kita sahaja dan tetap kena berikan komitmen." -Media Hiburan
Media Hiburan
Tue Apr 02 2024
Menurut Feeya, meskipun agak perit, dia dan suami tetap menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka. -Media Hiburan
Serangan ke atas sekolah di Gaza 'sasar' pasukan pejuang Islam
Pengarah pejabat media kerajaan Gaza menolak dakwaan Israel bahawa sekolah PBB itu menyembunyikan pasukan pejuang Hamas.
Tiga terbunuh, 13 cedera dalam serbuan Zionis
Tentera rejim Israel dalam satu kenyataan mendakwa, ketika kejadian mereka kononnya sedang berbalas tembakan dengan pasukan pejuang Islam.
Bekalan air di tujuh daerah pulih sepenuhnya
Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Jordi Amat dilayang kad merah, Iraq benam Indonesia
Dalam perlawanan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia tumbang 0-2 kepada Iraq di sebalik persembahan cemerlang dalam separuh masa pertama.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Palestin lakar sejarah, lolos ke pusingan ketiga
Palestin berusaha untuk kekal fokus mencipta sejarah tahun ini dengan tampil buat kali pertama di peringkat kalah mati Piala Asia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Harits Asyraf Hasnan & Farhan Hakimi;
Hari TVET bermula hari ini
Projek rintis Dasar Gaji Progresif disasar dilaksana sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun
Kes seludup RON95 meningkat, penyeludup mula ubah strategi - Armizan
Hari TVET bermula hari ini
Projek rintis Dasar Gaji Progresif disasar dilaksana sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun
Kes seludup RON95 meningkat, penyeludup mula ubah strategi - Armizan
Sime Darby Property cadang buat penyusunan semula dalaman
Selepas selesai cadangan penyusunan semula di peringkat dalaman ini, SDP akan hanya beroperasi sebagai syarikat pegangan pelaburan.
UPM anjur Karnival Keterjaminan Makanan hari ini
Ia antara usaha UPM bagi merealisasikan agenda pertanian dan sekuriti makanan negara sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menangani isu ini.
Toyota, Mazda hentikan pengeluaran 5 model berikutan penemuan penipuan ujian persijilan
Toyota menghentikan pengeluaran tiga model di kilangnya di Wilayah Miyagi dan Iwate, dengan penggantungan dijangka sehingga 28 Jun.
Arkib Negara anjur Konvensyen Bahasa Kolokial peringkat kebangsaan pada Oktober 2024
Konvensyen himpunkan pengkaji, sasterawan, pengamal budaya dan orang awam bagi membincangkan peranan bahasa kolokial dalam membina identiti budaya.
'Meninggal ketika solat Subuh' – Feeya Iskandar sayu pemergian ibu mentua di bulan baik
Menurut Feeya, atau lebih mesra disapa Cik Piah, meskipun agak perit, dia dan suami tetap menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka.