awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi diterbitkan hari ini

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/08/2022
22:00 MYT
Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi diterbitkan hari ini
Inflasi telah mengurangkan kuasa beli kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40 serta mengubah corak perbelanjaan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup, sekali gus mengurangkan saiz hidangan. - Astro AWANI
KEHIDUPAN di tengah kota raya Kuala Lumpur, kadang kala tidak seindah seperti disangka.
Pandemik COVID-19, tekanan ekonomi, kenaikan harga barang dan pelbagai cabaran lagi mengubah landskap kehidupan warganya.
Tambah perit buat mereka - isi rumah yang hanya sekadar ‘cukup-cukup makan’ terutama yang bergelar B40.
Benar, macam-macam bantuan disalurkan datang dari pelbagai sudut, baik daripada pihak kerajaan, masyarakat sivil, NGO dan ramai lagi.
Tapi sejauh mana impak inflasi memberi tekanan dalam meneruskan kelangsungan hidup dan bagaimana pula mereka membuat pelarasan atau 'adjust' kehidupan mereka sekarang?
Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia, Astro AWANI dan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) menggerakkan kerjasama strategik, melakukan kajian lapangan, menganalisis dapatan dan merangkumkannya dalam Laporan Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi.
Cerapan data menerusi kaedah 'purposive sampling' secara bersemuka pada 23 dan 24 Julai lalu melibatkan 120 sampel isi rumah B40 dan M40.
Kajian ini dijalankan di 27 penempatan di Lembah Klang dengan 18 daripadanya adalah isi rumah yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Hasil laporan itu mendapati, inflasi yang dihadapi pada ketika ini telah menyebabkan tekanan perbelanjaan kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40.
Lapan daripada 10 responden akui terjejas dari segi keupayaan kewangan untuk menampung perbelanjaan harian dan 79.1 peratus daripada yang terjejas adalah dari kumpulan B40 dan 20.9 peratus dari kumpulan M40.
Inflasi telah mengurangkan kuasa beli kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40 serta mengubah corak perbelanjaan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup, sekali gus mengurangkan saiz hidangan mereka.
Kajian dalam kalangan kelompok berpendapatan B40 dan M40 ini adalah hasil kerjasama strategik antara Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia, Astro Awani dan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) dalam membantu menambah baik instrumen dasar menangani kos sara hidup.
Kajian dalam kalangan kelompok berpendapatan B40 dan M40 ini adalah hasil kerjasama strategik antara Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia, Astro Awani dan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) dalam membantu menambah baik instrumen dasar menangani kos sara hidup.
Sebahagian besar isi rumah yang terjejas terdedah kepada berisiko ketidaktentuan ekonomi apabila sebahagian besar daripada mereka bekerja di sektor swasta dan sektor tak formal dengan liputan keselamatan sosial yang terhad.
Hasil kajian mendapati 64.9 peratus isi rumah adalah bekerja di sektor swasta dan sektor tak formal dengan 56.9 peratus daripada golongan ini tidak mempunyai perlindungan sosial.
Satu pertiga daripada mereka yang terjejas tidak mempunyai caruman KWSP pada pekerjaan sekarang dan mereka ini telah mengeluarkan caruman KWSP sebelum mencapai had umur persaraan.
Kerajaan sebelum ini telah menyatakan iltizam untuk terus menyalurkan pelbagai bantuan dan subsidi kepada rakyat dalam mengharungi kesan inflasi dan kenaikan harga barang ketika ini.
Selain memperkenalkan subsidi baharu yang tidak termasuk dalam Bajet 2022, iaitu bagi ayam dan telur serta elektrik, kerajaan turut memperuntukkan anggaran subsidi RM37.3 bilion bagi petrol, diesel dan LPG berbanding RM13.2 bilion pada tahun lepas.
Malah, anggaran subsidi minyak masak telah mencecah RM4 bilion, berbanding RM2.2 billion tahun lalu selain subsidi kepenggunaan lain dengan anggaran perbelanjaan adalah RM9.7 bilion berbanding hanya RM1.1 bilion tahun sebelumnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini turut memaklumkan bahawa Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 telah ditambah baik dengan Bantuan Tunai Tambahan bernilai RM630 juta dengan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8 bilion.
BACA: Bantuan Keluarga Malaysia: PM umum tambahan RM100 bagi isi rumah, RM50 bujang
Ia sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan yang memerlukan dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat serta merancakkan ekonomi melalui aktiviti perbelanjaan.
Topic Berkaitan
#Kajian lapangan ekonomi
#B40 miskin bandar
#impak inflasi
#kawal perbelanjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan