Skip to main content

Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Mac 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Mac 2026.

1. PM Anwar harap cuti tambahan, SHMMP bantu persiapan rakyat menjelang Aidilfitri

Advertisement

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap beberapa pengumuman khusus untuk rakyat dapat memberikan kemudahan menjelang Aidilfitri.

2. Konflik Asia Barat: Tiada pakej rangsangan ekonomi buat masa ini - Amir Hamzah

Tiada pakej rangsangan ekonomi akan diperkenalkan buat masa ini susulan konflik di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

3. Konflik Asia Barat: Kerajaan tanggung subsidi tambahan RM2 bil sebulan - PM Anwar

Kesan rantaian konflik dan serangan berterusan di Asia Barat menyebabkan kerajaan menanggung tambahan subsidi petrol kira-kira RM2 bilion setiap bulan bagi mengekalkan harga bahan api semasa. 

4. Curi kabel MRT: MOT cadang KDN pinda undang-undang, hukuman lebih berat - Loke

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar undang-undang sedia ada dipinda bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu yang terlibat dalam kes kecurian kabel Transit Aliran Massa (MRT).

5. ‘I’m coming home’ – KJ tidak kisah kembali ke bahtera UMNO sebagai anak kapal biasa

Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin secara terbuka menyatakan beliau tidak meletakkan apa jua syarat untuk kembali kepada UMNO, apatah lagi mempunyai hajat peribadi atau sebarang permintaan.

6. Hishammuddin turut kemuka surat permohonan kembali UMNO

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini turut mengemukakan surat permohonan bagi kembali menyertai UMNO.

7. Undang-undang antarabangsa perlu diguna pakai sama rata - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan undang-undang antarabangsa perlu diguna pakai secara konsisten terhadap semua negara untuk mengekalkan kredibilitinya, sambil memberi amaran penguatkuasaan secara terpilih akan menghakis keyakinan terhadap sistem global.

8. Empat individu keluar kenyataan berbaur provokasi isu agama, kaum dituduh esok - KPN

Empat individu yang mengeluarkan kenyataan hingga mencetuskan perdebatan berbaur provokasi berhubung isu agama dan perkauman akan dituduh di mahkamah berasingan di beberapa lokasi pagi esok, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

9. Konflik Asia Barat: Kerajaan, TH teliti kos penerbangan haji

Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini bagi meneliti isu kenaikan kos penerbangan serta keselamatan jemaah haji Malaysia tahun ini susulan konflik di Asia Barat.

10. Sesi persekolahan tetap dilaksana seperti biasa - Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) setakat ini tetap melaksanakan sesi persekolahan seperti biasa, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

 

 

Must Watch Video