awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar adakan lawatan ke Arab Saudi mulai hari ini

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2023
02:30 MYT
Menteri Luar adakan lawatan ke Arab Saudi mulai hari ini
Semasa lawatan ini, Zambry bakal mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli perniagaan di Riyadh dan Jeddah, yang dijangka menjadi platform bagi ahli-ahli perniagaan Malaysia meneroka kerjasama perniagaan dan pelaburan baharu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi bermula hari ini hingga 23 Februari.
Ia merupakan lawatan pertama beliau ke negara Asia Barat sejak menyandang jawatan tersebut pada 2 Disember lalu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan tersebut menggambarkan hubungan istimewa yang wujud selama ini, serta komitmen kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi.
"Menteri akan diiringi oleh para pegawai kanan kerajaan dari Wisma Putra semasa lawatan ini.
"Menteri dijadual untuk bertemu rakan sejawat, Putera Faisal Farhan, bagi menyusuli perbincangan untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala kedua-dua negara.
"Ia termasuk penganjuran Saudi-Malaysian Coordination Council (SMCC) selain menerokai kerjasama dalam bidang-bidang baharu," menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, Zambry akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Pelaburan Arab Saudi Khalid A Al-Falih untuk menerokai potensi kerjasama ekonomi baharu antara Malaysia dan Arab Saudi.
Beliau akan turut mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Jasem Mohamed Albudaiwi di Riyadh bagi menyusul perbincangan berkenaan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC yang akan dianjurkan tahun ini.
Kenyataan tersebut juga memaklumkan, Zambry dijadual mengadakan pertemuan berasingan bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Duta Hissein Brahim Taha di Jeddah dan Setiausaha Agung Liga Muslim Dunia Sheikh Dr Mohammed Al-Issa di Riyadh.
Semasa lawatan ini, Menteri Luar juga akan mengadakan sesi pertemuan bersama ahli-ahli perniagaan di Riyadh dan Jeddah, yang dijangka menjadi platform bagi ahli-ahli perniagaan Malaysia meneroka kerjasama perniagaan dan pelaburan baharu, khususnya di Arab Saudi.
Untuk rekod, Arab Saudi kekal sebagai rakan dagang Malaysia terbesar dan sumber import terbesar di rantau Asia Barat.
Pada 2022, jumlah dagangan dua hala dengan Arab Saudi mencecah RM45.52 bilion (USD10.26 bilion), peningkatan sebanyak 159.2 peratus berbanding RM17.56 bilion (USD4.23 bilion) pada 2021.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Zambry Abd Kadir
#Wisma Putra
#hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan