awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar beri taklimat berkaitan cadangan Jawatankuasa Keamanan Jumaat ini

Bernama
Bernama
20/01/2026
15:10 MYT
Menteri Luar beri taklimat berkaitan cadangan Jawatankuasa Keamanan Jumaat ini
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan memberikan taklimat kepada Jemaah Menteri bekenaan cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan bagi Gaza diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) pada mesyuarat Kabinet, Jumaat ini. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan memberikan taklimat kepada Jemaah Menteri bekenaan cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan bagi Gaza diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) pada mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Mohamad Hasan akan berikan taklimat Jemaah Menteri mengenai cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan Gaza di mesyuarat Kabinet Jumaat ini.
  • Malaysia perlu berhati-hati kerana jawatankuasa tersebut diketuai AS dan bukan di bawah PBB, menurut Mohamad.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan kehati-hatian Malaysia sebelum sokong cadangan tersebut, disebabkan isu komposisi dan mandat jawatankuasa yang timbul, termasuk kaitan Israel dan Tony Blair.

Beliau bagaimanapun berkata Malaysia perlu berhati-hati kerana cadangan penubuhan jawatankuasa itu bukan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi AS dan rakan-rakannya.
"Pentingnya kita perlu berhati-hati. Kita tidak mahu nanti kita terperangkap di tengah jalan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Awal Persekolahan 976 penerima, di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan berkata Malaysia mengambil pendirian berhati-hati, sebelum memberikan dukungan terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan bagi Gaza selagi serangan rejim Zionis Israel belum dihentikan dan bantuan kemanusiaan tidak dijamin.
Beliau berkata walaupun Malaysia menyokong langkah-langkah untuk menjamin keamanan, beberapa isu telah membangkitkan kebimbangan terhadap komposisi dan mandat jawatankuasa berkenaan.
Ini termasuk berhubung kemungkinan penyertaan Perdana Menteri Israel dalam jawatankuasa itu dan penglibatan bekas Perdana Menteri United Kingdom Tony Blair, yang dianggap terlibat secara langsung dalam serangan ke atas Iraq selain mempunyai sikap tidak telus serta tidak adil dalam isu Palestin dan Gaza.
Dalam pada itu, Mohamad turut menyuarakan kebimbangan terhadap penderitaan rakyat Palestin yang kini berdepan masalah kebuluran, kesejukan serta kekurangan tempat tinggal, lebih-lebih lagi dalam keadaan musim sejuk dan hujan ketika ini.
Beliau berkata Israel di bawah kepimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, tidak membenarkan kerajaan Turkiye membawa masuk sebanyak 3,500 kontena untuk dijadikan penempatan sementara di Gaza, walaupun bantuan itu ditawarkan atas dasar kemanusiaan.
"Kontena ni masih baik lagi dan nak diberi kepada orang Palestin di Gaza untuk diguna pakai. Tapi Israel tidak mahu membenarkan. Kita amat kesal kerana kita bukan nak apa, demi kemanusiaan supaya orang yang dah tertindas begitu lama, kelaparan, kesejukan sekurang-kurangnya ada tempat berlindung," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar Mohamad Hasan
#cadangan penubuhan
#Jawatankuasa Keamanan bagi Gaza
#taklimat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan