awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU di Brussels

Bernama
Bernama
13/12/2022
01:30 MYT
Menteri Luar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU di Brussels
Zambry turut dijadualkan mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawat dari ASEAN dan EU untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir selaku Wakil Khas Perdana Menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) yang berlangsung buat julung kalinya di Brussels, Belgium, pada 14 Dis.
Sidang kemuncak itu dijangka membincangkan hala tuju hubungan dialog ASEAN-EU serta kerjasama politik keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya, perubahan iklim, keselamatan makanan dan pembangunan mampan, menurut kenyataan Kementerian Luar pada Isnin.
Pada 13 Dis, Zambry dijadualkan menghadiri C-Suite Luncheon anjuran Majlis Perniagaan EU-ASEAN bagi sesi libat urus bersama pemimpin perniagaan di Eropah.
Beliau akan diiringi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Liew Chin Tong dan pegawai kanan MITI.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa di luar Sidang Kemuncak Peringatan, Malaysia dan EU dijadualkan menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Perkongsian dan Kerjasama.
Perjanjian ini menyasar untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk hubungan politik, perdagangan dan pelaburan, tenaga, pengangkutan, pertanian, kewangan dan maritim.
Menteri Luar turut dijadualkan mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawat dari ASEAN dan EU untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
"Penyertaan Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dialog ASEAN-EU
"Ia juga merupakan peluang untuk Malaysia berkongsi pandangan mengenai isu-isu berkepentingan strategik," menurut kenyataan itu.
Menteri Luar turut menghoskan majlis makan malam untuk rakyat Malaysia di Belgium.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar
#Zambry Abd Kadir
#Brussels
#Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan