awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebanyak 618 kemudahan kesihatan berisiko ditutup di Somalia - WHO
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Malaysia adakan lawatan rasmi sulung ke Filipina pada 1 Julai

Bernama
Bernama
30/06/2024
13:30 MYT
Menteri Luar Malaysia adakan lawatan rasmi sulung ke Filipina pada 1 Julai
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan lawatan rasmi sulung beliau ke Filipina pada 1 Julai. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan lawatan rasmi sulung beliau ke Filipina pada 1 Julai.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan lawatan itu menandakan satu langkah penting dalam mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik berkenaan yang telah terjalin selama lebih enam dekad.
Semasa lawatannya, Mohamad akan mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat beliau, Enrique A. Manalo, bagi menilai kemajuan hubungan dua hala Malaysia-Filipina yang merangkumi pelbagai bidang yang bermanfaat bersama.
Kedua-dua menteri juga akan bertukar pandangan berhubung isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Selain pertemuan dua hala, Mohamad juga dijadual akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos, Jr.
"Memandangkan Malaysia dan Republik Filipina menyambut ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik pada tahun ini, lawatan ini amat signifikan bagi meningkatkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, baik dalam konteks hubungan dua hala mahupun ASEAN," kata Wisma Putra.
Pada tahun 2023, Filipina merupakan rakan dagang kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan bernilai US$7.92 bilion (RM36.12 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar
#Mohamad Hasan
#Filipina
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan