awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Malaysia lawat Singapura mulai Isnin

Bernama
Bernama
26/05/2024
13:00 MYT
Menteri Luar Malaysia lawat Singapura mulai Isnin
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Singapura bermula Isnin (27 Mei), lawatan pertama beliau ke republik itu dalam portfolio semasa. - Gambar fail/BERNAMA
SINGAPURA: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Singapura bermula Isnin (27 Mei), lawatan pertama beliau ke republik itu dalam portfolio semasa.
Mohamad yang sebelum ini merupakan Menteri Pertahanan, telah dilantik sebagai Menteri Luar dalam rombakan kabinet pada Disember 2023.
Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan pada Ahad berkata semasa lawatan rasmi itu, Mohamad akan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam, Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Kanan Lee Hsien Loong.
Beliau juga akan menghadiri majlis makan tengah hari rasmi yang dihoskan rakan sejawatannya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.
Menteri Kanan Negara bagi Kementerian Pertahanan dan Kementerian Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad, akan turut serta dalam majlis makan tengah hari rasmi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menteri luar malaysia
#Mohamad Hasan
#lawat rasmi
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan