awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Malaysia, Pakistan bincang ketegangan di Asia Selatan

Bernama
Bernama
04/05/2025
23:30 MYT
Menteri Luar Malaysia, Pakistan bincang ketegangan di Asia Selatan
Malaysia dan Pakistan akan membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala merentas pelbagai sektor, termasuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan. - Foto Facebook/Mohamad Hasan
NEW DELHI: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan melalui telefon dengan rakan sejawatnya dari Pakistan Mohammad Ishaq Dar untuk membincangkan situasi tegang di Asia Selatan.
Dar, yang juga Timbalan Perdana Menteri Pakistan memaklumkan kepada Mohamad mengenai "perkembangan semasa serantau" dan ketegangan dengan India, menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan pada Ahad.
Hubungan antara India dan Pakistan merosot susulan serangan pengganas di wilayah Kashmir yang ditadbir India pada 22 April lepas.
Antara isu lain yang dibangkitkan, Pakistan memaklumkan Malaysia mengenai keputusan unilateral India untuk menggantung pelaksanaan Perjanjian Air Indus 1960.
Menteri Luar Malaysia menyeru agar semua pihak menahan diri sementara Dar menekankan komitmen Pakistan terhadap keamanan dan keselamatan serantau, menurut Kementerian Luar Pakistan.
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dijadualkan melawat Malaysia minggu depan.
Malaysia dan Pakistan akan membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala merentas pelbagai sektor, termasuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#India
#Pakistan
#Mohammad Ishaq Dar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami