awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Singapura lawat Malaysia empat hari bermula 15 Januari

Bernama
Bernama
14/01/2023
08:45 MYT
Menteri Luar Singapura lawat Malaysia empat hari bermula 15 Januari
Lawatan Balakrishnan menekankan persahabatan yang lama terjalin dan hubungan rapat antara kedua-dua negara selain untuk memperkukuh kerjasama dua hala dengan kerajaan baharu Malaysia. - Gambar fail
SINGAPURA: Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan akan mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai 15 Januari, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu.
Dalam kenyataan hari ini kementerian itu memaklumkan lawatan Balakrishnan menekankan persahabatan yang lama terjalin dan hubungan rapat antara kedua-dua negara selain untuk memperkukuh kerjasama dua hala dengan kerajaan baharu Malaysia.
Semasa lawatannya, menurut MFA Balakrishnan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Balakrishnan juga akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad serta ahli politik dan personaliti Malaysia yang lain.
Balakrishnan akan diiringi oleh pegawai dari Kementerian Luar Negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Singapura
#vivian balakrishnan
#lawatan rasmi
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan