KUCHING:Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, memohon maaf secara peribadi kepada penyanyi Dayang Nurfaizah.
Permohonan maaf itu dibuat susulan tindakan pihak tertentu dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang meminta penghibur kelahiran Bumi Kenyalang itu menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua selepas memasuki Sarawak.
Menurut Abdul Karim, Dayang Nurfaizah sudah melalui ujian saringan di Semenanjung sebagai syarat wajib untuk mendapat pelepasan.
“Untuk kes tertentu dikecualikan daripada kuarantin dan boleh berada di dalam negeri itu dalam tempoh 72 jam dengan syarat mesti menjalani ujian saringan di semenanjung,” katanya dalam sidang media New Year Countdown 2021 di Stadium Tertutup Petra Jaya, di sini, pada Selasa.
Bagaimanapun, kakitangan tertentu dalam JPBNS, tegas beliau, telah melakukan saringan kali kedua dan mengenakan kuarantin kepada Dayang Nurfaizah walaupun dia sudah melalui proses tersebut.
“Dia telah melalui semua prosedur yang telah ditetapkan tetapi tetap diberikan arahan untuk menjalani ujian saringan dua kali dalam tempoh tiga hari,” katanya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan Di Pintu Syurga itu telah melakukan ujian saringan pada 25 Disember lalu di Semenanjung dan memasuki Sarawak tiga hari kemudian serta telah mendapat pengesahan pengecualian daripada Pengerusi JPBNS.
Penghibur berkenaan kembali ke kampung halamannya atas jemputan untuk membuat persembahan semasa Sambutan Tahun Baru, New Year Countdown 2021, di sini pada 31 Disember ini.
Astro Awani
Tue Dec 29 2020

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, memohon maaf secara peribadi kepada Dayang Nurfaizah ekoran penyanyi itu diminta melakukan isu calitan COVID-19 kali kedua.

Durian Musang King dirampas di KLIA
Empat kotak yang dibawa seorang lelaki tempatan itu mengandungi 16 biji buah durian seberat 56 kilogram.

Ringgit dibuka rendah sebanyak 30 bps berbanding dolar AS
Ringgit gagal mengekalkan peningkatannya sewaktu dibuka pada Khamis berikutan diniagakan rendah berbanding dolar AS.

Politik | Bersatu bincang keputusan MT UMNO petang ini
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu kenyataan memaklumkan Mesyuarat Biro Politik Bersatu semalam yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membincangkan surat Presiden UMNO bertarikh 26 Februari lalu.
![[TERKINI] Majlis perasmian imunisasi COVID-19 peringkat Sabah [TERKINI] Majlis perasmian imunisasi COVID-19 peringkat Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893614/24668255681614824091926_640x360.jpg)
[TERKINI] Majlis perasmian imunisasi COVID-19 peringkat Sabah
![[EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew [EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614825546_EbitLiew.jpg)
[EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew
Pendakwah dan usahawan muda berusia 36 tahun ini merasakan bahawa segala kurniaan Tuhan kepada kita harus dimanfaatkan sebaiknya ke jalan kebaikan dan kebenaran.

Niaga AWANI: Robert Walters | Gaji akan pegun, bonus masih ada
Pasaran pekerjaan malaysia dijangka menyaksikan pengambilan pekerja yang perlahan dan konservatif pada 2021. Menurut edisi ke 22, Tinjauan Gaji Malaysia 2021 terbitan agensi pengambilan pekerja Robert Walters ini mengekori trend pada 2020 dan dijangka berterusan pada separuh pertama 2021. Pengarah, Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan, Sumber Manusia dan Undang-Undang, Robert Walters Malaysia, Raja Ahmad Muzamir berkongsi dengan Editor, Rizal Zulkapli tentang trend pengambilan pekerja, dan bagaimana pekerja boleh bersedia untuk 2021.

Niaga AWANI: Pengurusan data dan jurang teknologi hospital di Malaysia
COVID-19 meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan sektor kesihatan negara dan pengurusan data. Rizal Zulkapli menemubual Pengurus Negara, Vertiv, Teoh Wooi Keat untuk mendapatkan pandangan tentang jurang teknologi di pusat kesihatan di Malaysia dan apakah teknologi baru yang mampu tingkatkan pengalaman dan manfaat kepada pesakit.

Penganggur rugi RM418,400 terpedaya Love Scam
Lebih menyedihkan apabila wang terbabit ialah daripada hasil simpanan gaji ibu pengadu yang juga seorang guru.

AWANI Ringkas: Tiada lagi kawasan catat IPU tidak sihat

AWANI Pagi: Kanser Prostat lelaki semakin membimbangkan di Malaysia
Kanser Prostat Lelaki Semakin Membimbangkan di Malaysia Apa senario kanser prostat lelaki di Malaysia dan benarkah ia semakin membimbangkan Ikuti kupasan lanjut bersama Pakar Urologi, UiTM Private Specialist Centre (UPSC), Dr. Fam Xeng Inn.

Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.

COVID-19: Semua sektor sukan di Sarawak dibuka berkuat kuasa hari ini
Semua aktiviti sukan dan rekreasi bagi kategori individu dan berpasukan di Sarawak dibenarkan berkuat kuasa, hari ini.

Hanya parti tempatan Sarawak sahaja bertanding pada PRN nanti - Karim
GPS tidak akan berunding dengan parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dalam meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Penganjuran RWMF 2021 bergantung kepada situasi semasa COVID-19
Penganjuran festival muzik terbesar di Sarawak, Rainforest World Music Festival (RWMF) 2021 masih belum diketahui statusnya.

PRN Sarawak tidak akan diadakan dalam tempoh darurat - Abdul Karim
Tempoh darurat harus dimanfaatkan untuk menghentikan penularan COVID-19 dalam negara.

Sambutan tahun baharu 2021 dijangka paling berbeza
Berbaki sehari lagi menjelang tahun baharu 2021, antara momen paling dinantikan rakyat Malaysia khususnya warga kota, adalah sambutan besar-besaran dan pertunjukan bunga api di kawasan tumpuan awam.

Sambutan tahun baharu Sarawak berskala kecil, tidak langgar arahan MKN - Abdul Karim
Sambutan acara Countdown 2021 yang akan dianjurkan di Stadium Tertutup Kuching akan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dan hanya seribu tetamu dibenarkan hadir.

Menteri minta maaf pada Dayang Nurfaizah isu calitan COVID-19
Abdul Karim Rahman Hamzah kesal kerana Dayang Nurfaizah diarah menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua selepas memasuki Sarawak.

Majlis Presiden PN platform terbaik bincang isu penting - PBB
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan Majlis Presiden PN sebagai platform terbaik untuk semua parti dalam kerajaan PN membincangkan isu-isu penting negara.

Hanya tiga wanita 'ring lady' dari Kampung Semban masih hidup
Hanya tiga orang wanita yang memakai gelang tembaga atau dikenali dengan nama jolokan ring lady dari Kampung Semban, Ulu Padawan, berusia lingkungan 69 dan 94 tahun yang masih hidup dan bukannya lima.