awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shamsul Iskandar kemuka permohonan pindah pertuduhan rasuah ke Mahkamah Tinggi
Dua maut, enam cedera dalam insiden tembakan di gereja Salt Lake City
Pasport dan MyKad baharu enam bulan lagi, ciri keselamatan dipertingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Muda nafi ada sindiket bekal dadah percuma kepada pelajar sekolah di Sarawak

Bernama
Bernama
23/07/2021
09:32 MYT
Menteri Muda nafi ada sindiket bekal dadah percuma kepada pelajar sekolah di Sarawak
Menurut Datuk Francis Harden Hollis, perkara yang dinyatakan sidang media berkenaan adalah (kegiatan pengedaran dadah) berlaku di negeri lain. - Bernama
KUCHING: Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis hari ini menjelaskan tiada sindiket yang membekalkan dadah secara percuma kepada pelajar di negeri ini, sebaliknya apa yang diperkatakan beliau Rabu lepas mengenai perkara itu adalah merujuk kepada negeri lain.
Beliau berkata, maklumat yang dikongsikannya semasa sidang media bagi membentangkan laporan berkala One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Sarawak pada hari berkenaan telah disalah tafsir.
"Saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada 'sindiket' yang membekalkan dadah secara percuma kepada pelajar di Sarawak. Perkara yang dinyatakan sidang media berkenaan adalah (kegiatan pengedaran dadah) berlaku di negeri lain," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi OSC Sarawak dalam satu kenyataan.
Menurutnya, rujukan beliau kepada apa yang berlaku di negeri lain itu bertujuan mengingatkan supaya hal yang sama tidak berlaku di Sarawak dan beliau menyeru semua pihak agar terus bekerjasama dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan substance di negeri ini.
Rabu lepas dalam liputan mengenai OSC MIDS Bernama melaporkan Francis sebagai berkata ada sindiket yang mengedar dadah secara percuma kepada pelajar sekolah sebagai taktik bagi memerangkap mereka agar terjebak menjadi penagih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#bekalan dadah
#pelajar sekolah
#Sarawak
#Menteri Muda
#Francis Harden Hollis
#MIDS
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan