awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Muda Sarawak dedah sindiket edar dadah percuma untuk pelajar

Bernama
Bernama
21/07/2021
14:46 MYT
Menteri Muda Sarawak dedah sindiket edar dadah percuma untuk pelajar
Francis berkata situasi tersebut cukup membimbangkan kerana pelajar sekolah merupakan sasaran yang mudah. - Gambar/ BERNAMA
KUCHING: Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis hari ini mendedahkan ada sindiket di negeri ini yang mengedar dadah secara percuma kepada pelajar sekolah sebagai taktik menjebak mereka menjadi penagih.
Tanpa mendedahkan secara terperinci kegiatan sindiket berkenaan, beliau berkata situasi tersebut cukup membimbangkan kerana pelajar sekolah merupakan sasaran yang mudah.
"Dia (pelajar sekolah) diberi percuma dulu, sudah pandai, dia sudah seronok, dia mahu beli lagi, kalau tidak ada bekalan dia akan cari (dadah dari sindiket berkenaan)," katanya dalam sidang media bagi membentangkan laporan berkala One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Sarawak di sini, hari ini.
Menurutnya pelajar yang sudah ketagih kemudiannya akan meminta duit daripada ibu bapa bagi membeli bekalan dadah dan ada yang terus berhenti sekolah.
Katanya Sarawak merekodkan sebanyak 4,259 tangkapan membabitkan aktiviti penyalahgunaan dadah sejak Januari lalu dengan daerah Kuching mencatatkan tangkapan tertinggi seramai 1,157 orang.
"Ini diikuti daerah Bintulu dengan seramai 392 orang, Sibu 329 orang, Samarahan 325 orang dan Miri 317 orang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah
#pelajar
#sindiket
#Dadah
#OSC
#MIDS
#Sarawak
#ketagihan
#pelajar sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan