awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi

Bernama
Bernama
07/12/2023
22:00 MYT
Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama kakitangan awam yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan, pada Khamis. - Gambar BERNAMA
LABUAN: Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, lawatan kerja oleh menteri-menteri atau timbalan menteri ini adalah bagi mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai isu rakyat dan ekonomi di pulau bebas cukai ini.
"Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini telah memutuskan menteri atau timbalan menteri mesti ke Labuan setiap minggu atau selang seminggu untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan di Labuan," katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan pada Khamis.
Bagi penyelesaian jangka-panjang gangguan bekalan elektrik di Labuan, beliau berkata Kerajaan Persekutuan bercadang supaya Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk membangunkan janakuasa baharu bagi menyelesaikan gangguan bekalan elektrik di pulau ini.
"Kita akan arahkan Petronas untuk membangunkan janakuasa yang baharu dengan kaedah laluan pantas bagi penyelesaian gangguan bekalan elektrik," katanya.
Anwar berkata, kerajaan lebih memberi keutamaan pemilihan pelaksanaan pembangunan janakuasa ini melalui sistem tender, namun melihat kepada keupayaan dan kredibiliti Petronas, ianya tidak akan menimbulkan keraguan seperti wujudnya isu komisyen atau kepentingan pihak-pihak tertentu.
Beliau berkata, apabila siap nanti, janakuasa baharu itu akan membantu kapasiti aliran kerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang kini adalah operator pengendali bekalan elektrik di Labuan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengarahkan satu mesyuarat pihak berkuasa tempatan di sini diadakan pada minggu hadapan bagi mencari penyelesaian isu gangguan bekalan air dan elektrik. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#menteri
#Timbalan Menteri
#kerap turun padang
#Labuan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan