KUALA LUMPUR: Bagi pelukis tatu Eddie David, beliau ada cara tersendiri dalam menangani "orang luar" yang datang ke studionya meminta dicacah tatu suku kaum beliau, iaitu Iban atau mana-mana tatu daripada kebudayaan Polinesia.
Beliau akan menuruti kehendak pelanggan itu dengan melukis corak yang diminta, namun bukan seperti tatu sebenar yang menghiasi tubuh orang tua-tua kaumnya dan etnik lain.
"Saya lukis reka bentuk asal (dari segi stail), jadi nampak macam sama tapi sebenarnya tidak. Apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk 'ambil balik' kebudayaan kami," katanya kepada Bernama, suaranya meninggi, cuba mengatasi bunyi bingit pen tatunya.
Muzik rock berkumandang di dalam studio Eddie - Borneo Ink Tattoo - yang terletak di Sri Hartamas di sini. Bunyi tidaklah begitu kuat, namun gandingan muzik dan dengungan alat melukis tatu beliau tidak mengizinkan perbualan.
Memiliki wajah yang ada sedikit iras dengan legenda papan selaju Tony Hawk namun versi Asia dengan tubuh kurus lampai dan bertatu bungai terung, lelaki berusia 54 tahun itu tekun melakar corak tatu pada lengan pelanggan yang duduk di depannya menggunakan pen tatu. Kelihatan pelanggan itu menggerenyet, barangkali menahan sakit, namun hanya seketika.
Sebagai seorang Iban, suku kaum yang mempunyai budaya bertatu, Eddie memandang serius apabila ada orang asing yang mahu meniru atau menerima pakai tatu kaumnya tanpa mengetahui maksud tatu tersebut.
Ujarnya, dalam era teknologi maklumat sekarang, sukar untuk menghalang orang ramai daripada mengguna pakai tatu budaya kaumnya.
"Kita kongsikan di media sosial, dan ada saja orang yang 'mencuri'," katanya.
Malah, seorang daripada pelanggannya pada hari berkenaan mahukan tatu "Tree of Life" kaum Kelabit sebagai meraikan sembilan tahun tinggal di Sarawak. Tatu itu adalah khusus untuk wanita Kelabit bagi menggambarkan statusnya, sedangkan pelanggan berkenaan merupakan lelaki yang berasal dari Afrika Selatan.
Apa yang dirasakan oleh Eddie ini adalah sesuatu yang semakin banyak dibahaskan oleh masyarakat sekarang yang memahami kebudayaan merupakan sesuatu yang peribadi, bukan kostum yang boleh dipakai oleh sesiapa sahaja. Tatu adat misalnya, terutama di rantau Asia Pasifik, sedang menyaksikan kebangkitan semula apabila ahli sesebuah kebudayaan teruja mencacah tatu bagi menjalinkan semula silaturahim, sementara orang luar pula berhasrat menjadikan tatu sekadar hiasan tubuh.
Bagaimanapun ini tidak bermakna seseorang itu tidak boleh menerima pakai atau meniru kebudayaan orang lain, kerana dari satu segi, menerima pakai atau meniru kebudayaan lain juga boleh dianggap sebagai menghargai budaya kaum itu dengan cara memahami dan menghormati aspek budaya yang dipamer.
Memang sukar untuk dipastikan sama ada seseorang itu menerima pakai atau menghargai budaya orang lain, khususnya apabila melibatkan pemeliharaan warisan serta ritual dalam budaya itu.
HAPUSKAN STIGMA
Tatu, termasuk tatu Iban, semakin popular di dunia, melibatkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Dalam kebanyakan budaya, minat terhadap tatu adat kaum masing-masing semakin meningkat dan stigma tatu pula semakin terhapus.
Akan tetapi, ini kisah sekarang. Dahulu lain pula ceritanya.
Sejak sekian lama, tatu dikaitkan dengan gengsterisme dan jenayah terancang, khususnya di Asia. Tidak lama dulu, iaitu pada 2016, ada dilaporkan tentang kelompok yang memperjuangkan kebudayaan Iban berasa bimbang akan terhapus seni bertatu kaum itu disebabkan konotasi negatif tatu selain faktor pemodenan. Malah, hingga kini Korea Selatan misalnya, masih mengharamkan tatu dan hanya membenarkan doktor perubatan mencacah tatu. Sementara itu, di Jepun pula, industri tatu secara haram pesat berkembang.
Berpuluh-puluh tahun dahulu, baik di Malaysia atau di negara lain, seseorang itu tidak digalak mempamerkan identiti budayanya. Sebaliknya, ahli masyarakat digalakan berasimilasi, dan semua ini, amnya berpunca daripada penjajahan.
Eddie mempunyai pengalaman peribadi tentang asimilasi yang dilalui beliau semasa zaman kanak-kanak.
"Ayah saya nak sangat jadi seperti mat saleh. Pada masa itu semua orang begitu," katanya.
Ketika membesar, Eddie tidak begitu tahu tentang warisan Ibannya. Malah, beliau menceburi dunia tatu pada pertengahan 1990-an secara tidak sengaja - ada bakat melukis, banyak masa terluang dan kawan-kawan nakal yang lebih mahukan tatu secara percuma berbanding tatu dilukis oleh pencacah profesional.
Ujar beliau, selepas beberapa bulan melukis tatu namun tidak tahu apa-apa tentang seni yang diinspirasikan oleh tatu Iban yang dicacah beliau, rasa ingin tahunya membuak. Beliau kemudian menziarahi orang tua-tua dan saudara maranya di rumah panjang di kampung jalanan di Sarawak bagi mempelajari kisah dan ritual bertatu. Paling penting, beliau mempelajari makna budaya bertatu dan maksud tatu itu sendiri bagi orang Iban.
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah di UOW University KDU, Murina Pawanteh dan beberapa lagi penyelidik, tatu adalah bahagian penting dalam kebudayaan Iban. Setiap lukisan, garisan dan reka bentuk tatu ada makna masing-masing, iaitu bagi orang Iban, setiap lakaran ada kaitan dengan kuasa mistik yang melindungi mereka. Tatu juga adalah simbol status dan melambangkan pencapaian seseorang.
Iban merupakan kumpulan suku kaum terbesar di Sarawak, mewakili 51 peratus daripada 3.24 juta penduduk Bumi Kenyalang, serta kaya dengan sejarah lisan tentang tatu.
Corak tatu yang paling biasa dimiliki oleh seorang Iban ialah bungai (bunga) terung, yang dicacah selepas seorang lelaki Iban berjaya keluar merantau bagi menyambung pendidikan atau bekerja, iaitu adat yang dikenali sebagai berjalai. Reka bentuk tatu lain termasuk corak tenunan, khusus untuk wanita yang menunjukkan mereka sudah bersedia untuk berkahwin. Satu lagi reka bentuk tatu yang terkenal ialah tegulun, iaitu tatu bagi pemburu kepala atau headhunter yang mewakili jumlah orang yang telah dibunuh.
Memandangkan kebudayaan Iban diperturunkan secara lisan, Murina mengetuai satu usaha untuk merekodkan dan memperincikan seni tatu Iban dan maksud tatu tersebut bagi rujukan generasi akan datang.
"Seperti yang (pelukis tatu Iban) Mike Robinson kata (dalam kertas kajian saya), jika seseorang itu mati, maka tatu itu juga 'mati' bersamanya. Tidak ada dokumentasi pasal tatu itu. Seseorang harus dokumentasikan apa (makna) bungai terung," jelas beliau.
Menurutnya, identiti budaya amat penting kerana aspek itu membantu mentakrifkan sesebuah masyarakat dan mewujudkan pertalian persaudaraan sesama mereka selain menghubungkan mereka dengan sesuatu yang jauh lebih luar biasa dan wujud sejak sekian lama. Justeru, ekspresi budaya harus dilakukan oleh ahli kebudayaan itu sendiri, bukan oleh orang luar.
"Orang luar boleh ada tatu, tetapi tatu itu haruslah ada maknanya. Anda 'bawa' sejarah pada tubuh anda, jadi kena jaga kesuciannya," katanya, menambah dalam konteks tersebut, aspek utama ialah rasa hormat.
GUNA PAKAI ATAU HARGAI
Akan tetapi, sekadar mengekalkan penerapan ritual kebudayaan tidak menjamin kelansungan budaya walaupun disokong oleh dokumentasi. Walaupun stigma terhadap tatu beransur-ansur lenyap, trend dalam kalangan generasi muda sekarang membabitkan jenis tatu berbeza.
Sehubungan itu, ada sesetengah orang Iban percaya pada pendekatan berkongsi warisan mereka dengan sesiapa sahaja yang berminat, asal saja boleh membantu menyebar luas pengetahuan tentang kebudayaan mereka. Bagi golongan ini, tidak ada bezanya antara sekadar guna pakai dan penghargaan terhadap budaya.
"Lebih baguslah kalau dia minat kita punya tatu. Kalau sekarang makin ramai orang minta buat tatu Iban," kata Nicholas Jenta anak Anchu, pelukis tatu berketurunan Iban yang tinggal di Sarawak.
Berusia 34 tahun, pemilik Inkzation Tattoo Studio di Kota Samarahan itu mencacah tatu pada penduduk tempatan dan juga pelancong asing sejak lebih 20 tahun lalu, ketika berusia 16 tahun. Katanya, beliau tidak mendiskriminasi dan pernah melukis tatu bungai terung pada wanita.
"Kalau dewasa dan sudah berdikari, bungai terung untuk perempuan OK," katanya, dalam temu bual menerusi telefon dengan Bernama. Berkenan orang luar yang mendapatkan tatu, beliau berkata mereka layak mendapat tatu itu kerana berjaya sampai di Borneo.
Bagaimanapun beliau tidak akan sekali-kali mencacah tatu tegulun.
Walaupun masih tinggal di rumah panjang di Kampung Merang Baru, Kota Samarahan, beliau menyifatkan tatu sebagai satu bentuk seni, bukan tradisi. Akan tetapi, beliau arif dengan makna setiap tatu Iban. Malah, beliau sentiasa ingat tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam menterjemahkan tatu yang dicacah pada tumbuh seseorang. Beliau juga melukis tatu menggunakan kaedah tradisional, iaitu jarum buluh.
Nicholas melihat kebangkitan semula budaya bertatu sebagai hasil sumbangan media sosial, dan berkata hal itu telah membantu memperkenalkan tatu adat kepada generasi muda, terutama mereka yang tinggal jauh dari komuniti sendiri.
Kesemua mereka yang ditemu bual Bernama juga bersetuju akan pentingnya memastikan kelangsungan kebudayaan dan tradisi.
Bagi Eddie, perasaannya terhadap media sosial adalah berbelah bagi antara suka dan benci. Sekalipun platform itu mungkin ada peranan dalam meningkatkan kesedaran tentang kebudayaannya, masalah kecurian reka bentuk tatu adalah satu kebimbangan bagi beliau.
Akan tetapi, beliau percaya yang pada akhirnya penggunaan kebudayaan itu mungkin akan membawa kepada penghargaan.
"Lambat-laun mereka yang memiliki tatu sebegini akan mahu tahu lebih lanjut tentang budaya (asal-usul tatu)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
Eddie melukis tatu pada tangan pelanggan di studionya, Borneo Ink Tattoo, yang terletak di Sri Hartamas, Kuala Lumpur. - Gambar Bernama
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Tanah jerlus Masjid India: Tatu nama ibu jadi kenangan - Anak mangsa
Tatu nama ibunya, Vijayaletchumy dicacah pada lengan kiri ketika percutiannya di Thailand baru-baru ini.
Ahli kongsi gelap diberkas terbabit kegiatan pecah rumah
Seorang lelaki disyaki ahli kongsi gelap diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah rumah di Taman Dagang Permai di sini pada Rabu.
Menuntut semula budaya bertatu mereka
Eddie akan menuruti kehendak pelanggan dengan melukis corak yang diminta, namun bukan seperti tatu sebenar.
GV9: 'Sejujurnya saya sendiri menyesal' - Fuad Rahman pernah berniat buang tatu, terima nasihat daripada ustaz
Fuad turut memberi nasihat kepada generasi muda agar tidak tersalah langkah sepertinya.
Netizen tegur tatu di betis Fadlan Hazim
Fadlan berkongsi beberapa keping foto yang tidak berbaju sambil bersantai di tepi pantai yang dipenuhi dengan kehadiran pelancong.
Penaja Atletico Mineiro belanja penyokong hadiah teristimewa
Sebuah syarikat pemaju MRV menawarkan tatu percuma kepada 1,000 penyokong Galo sebagai hadiah meraikan kesetiaan penyokong.
Di sebalik stigma budaya, tatu sering dilihat di Olimpik Tokyo
Ramai atlet sukan Olimpik Tokyo 2020 memperlihatkan tatu mereka meskipun pantang larang kuno Jepun melarang perbuatan mencacah kulit.
Usia bukan penghalang wanita tertua Malaysia terus tabur bakti kepada masyarakat
Dilahir dan dibesarkan di Thachambadi, India, Annamah membawa bersama ilmu serta pengalaman berkaitan herba tradisional India semasa berhijrah ke Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua meletus.
Kerana tatu, wanita dipecat selepas baharu 30 minit ditawarkan kerja
Gara-gara ukiran tatu, seorang wanita yang baharu sahaja ditawarkan bekerja sebagai pengurus jurujual 'dipecat' dalam tempoh 30 minit kemudian.
Tatu pertubuhan haram: Ahli kongsi gelap didenda RM2,000
Tertuduh Wee Wing Seong, 29, membayar denda dan sekiranya gagal tertuduh akan dipenjara selama setahun.