Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kunci ke arah mencapai tamadun sebenar, yang bersifat lestari sebagai terasnya, adalah dengan menyatupadukan rakyat daripada semua lapisan.
Perdana menteri berkata hubungan antara agama, kelestarian dan tamadun itu sendiri adalah sesuatu "yang semua orang perlu bincangkan secara meluas tatkala kami tetapkan hala tuju dalam membangunkan negara kita".
"Jika kuasa agama perlu dipupuk untuk menghantar mesej bahawa ia adalah tanggungjawab agama untuk menggalakkan kelestarian, dan bahawa tamadun sebenar adalah yang bersifat lestari sebagai terasnya, kita perlu memastikan rakyat yang anuti pelbagai agama saling bercakap antara satu sama lain, membincangkan apa persamaan yang ada antara kita dan memastikan kita bersatu dalam memerangi ekstremisme dan radikalisasi," katanya dalam ucapan pada forum antarabangsa 'Agama dan Kelestarian Tamadun" di sini, hari ini.
Turut hadir pada forum anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga pengerusi IKIM, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Najib berkata Islam menyifatkan manusia sebagai 'khalifah', dan terdapat tanggapan yang sama dalam kitab bahawa manusia adalah pemimpin di muka bumi, bahawa kedua-duanya menunjukkan manusia berperanan untuk mentadbir dunia.
"Tetapi tanggungjawab kita bukan sekadar untuk menjaganya, untuk menyembuhkannya, dan untuk memupuknya. Ia juga untuk memastikan ia berkembang.
"Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bukan sekadar melindungi kehidupan daripada jenayah, perang, wabak penyakit dan penderitaan lain, tetapi juga mengembangkannya, secara kuantitatif, contohnya, dengan memperluaskan penyediaan penjagaan kesihatan yang dapat memanjangkan hayat manusia, secara kualitatifnya, dengan menyediakan dan meningkatkan lagi kualiti kehidupan.
Najib berkata hasil daripada langkah melindungi dan memperluaskan lagi objektif berkenaan adalah bermakna mana-mana masyarakat berbuat demikian ke arah ketamadunan.
"Keadaan yang menunjukkan kualiti kehidupan, falsafah dan amalan agama, dan pembangunan keintelektualan semuanya disokong dan diraikan," katanya.
Najib berkata sebab itu kenapa Abdullah memperjuangkan 'Ketamadunan Islam' atau 'Islam Hadhari', kerana nilai-nilai ketamadunan adalah terasnya.
"Inilah juga sebabnya kenapa saya memperjuangkan kesederhanaan - atau 'wasatiyyah' sebagai jalan terbaik, kerana kesederhanaan adalah laluan untuk menjadi manusia yang sempurna, sesuatu yang diajar kepada kita oleh Islam serta oleh agama-agama lain," katanya.
Najib berkata Malaysia telah mengambil peranan sebagai 'khalifah' dengan amat serius, malah kelestarian merupakan antara tiga teras dalam Model Ekonomi Baharu yang diumumkan pada 2010.
"Dan saya berbangga untuk menyatakan bahawa di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015), kita mencapai 33 peratus dalam pengurangan pengeluaran gas rumah hijau," katanya.
Terdahulu, Najib merasmikan sambutan Jubli Perak IKIM dan melancarkan empat penerbitan terbarunya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2017
PM NAJIB: Kunci ke arah mencapai tamadun sebenar, yang bersifat lestari sebagai terasnya, adalah menyatupadukan rakyat. - Gambar fail
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.