KUALA LUMPUR: Kepentingan memahami kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa dalam memasarkan produk perlu menjadi keutamaan para usahawan tempatan untuk meluaskan pasaran ke Malaysia Timur.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Sarawak, Suhaimi Sulaiman berkata, keperluan untuk menghargai penonton yang ada di kepulauan Borneo itu perlu dijadikan sebagai strategi utama.
“Anda perlu jujur kepada mereka (penonton) sekiranya inginkan produk atau servis berkembang di sini dan ini termasuk anda memberikan kelainan dengan menginspirasi, menghargai budaya serta warisan.
“Selain itu, sekiranya rujukan anda adalah sumber antarabangsa dan pemain global, kita sebenarnya boleh bekerjasama, ini sebenarnya cara untuk menyampaikan mesej kepada penonton kerana mereka selari dengan nilai yang meraikan kepelbagaian,” katanya dalam siri webinar Marketing Insider: Borneo Edition, Localise your product marketing and win over East Malaysians pada Selasa.
Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Daily Express, Dexter Yeh, berkata mereka yang ingin memasarkan jenama dan produk di Malaysia Timur juga perlu bijak membuat perbandingan nilai antara kedua-dua negeri itu.
“Anda tidak boleh menyasarkan Malaysia Timur secara keseluruhan, perlu untuk mendekati dan memahami ceritanya dahulu sebelum disampaikan kepada penonton atau sasaran.
“Hal ini termasuk melihat kepada amalan yang dipraktikkan, malahan jika diperhatikan jenis makanan pun berbeza antara kedua-dua negeri ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemasaran dan Pegawai Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, dengan mewakili sebahagian besar penduduk di Malaysia Timur, ia dapat mengurangkan halangan yang dihadapi beberapa cawangannya di sana.
“Apa yang menjadi kunci utama ialah dengan mewakilkan cawangan tempatan kami di sini, halangan bahasa menjadi perkara utama tetapi dengan adanya pengurus orang tempatan, maklumat dapat disampaikan secara meluas.
“Keduanya kami juga melancarkan perkhidmatan baharu, iaitu bank bergerak untuk penduduk di kawasan-kawasan yang mempunyai ketersampaian agak rendah termasuk menggunakan bahasa tempatan untuk iklan-iklan di radio,” ujarnya.
Pengurus Besar Astro Radio Malaysia Timur, Hafizuddin Nizamuddin pula berkata, pendekatan yang digunakan pihaknya sentiasa mencakupi kepelbagaian di Sabah dan Sarawak mencakupi bahasa, bahan dan konteks.
“Kita melihat jika di Semenanjung Malaysia, sering kali istilah Melayu, Cina, India dan lain-lain digunakan untuk mewakili agama dan kaum tetapi di Sabah dan Sarawak, ia berbeza kerana sebahagian besar populasi di sini ialah Kristian dan Katolik.
“Kalau lihat kepada stesen radio juga, apabila ada sambutan perayaan seperti sambutan Krismas, Hari Gawai Dayak, kita perlu meraikannya dengan penuh kemeriahan, justeru melihat aspek pemasaran, di Semenanjung, adakah kita berbuat sebegitu rupa dan mencukupi?,” ujarnya.
Terdahulu, Astro AWANI | LINC membawakan siri webinar ‘Marketing Insider: Borneo Edition, Localise your product marketing and win over East Malaysians’ yang bertujuan memberi pendedahan serta peluang kepada usahawan di seluruh negara memasarkan produk dan memenangi hati penduduk di kepulauan Borneo.
Ehsan A Marisah
Wed Jun 09 2021
Selain Semenanjung Malaysia, pasaran di Sabah dan Sarawak juga berpotensi besar untuk diteroka oleh usahawan tempatan. - Foto BERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Sumbangan MSM Malaysia Timur naik berganda sejak 1995 - Bursa Malaysia
Kontrak FEPO bertujuan memberikan ketelusan harga yang lebih besar bagi MSM di Sabah serta Sarawak.
'Kita tidak kecewa, itu hak GPS' - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak kecewa dengan tindakan pemimpin dari Malaysia Timur terutama Gabungan Parti Sarawak yang tidak menyokong blok pembangkang untuk menerajui kerajaan baharu.
Meraikan kepelbagaian faktor pasaran meluas di Malaysia Timur
Menerokai pasaran tempatan secara meluas sehingga merentasi Malaysia Timur seharusnya menjadi fokus para usahawan.
Penyenaraian awam Supreme Consolidated di LEAP Bursa
Supreme Consolidated merekodkan premium 10 sen pada penyenaraian awamnya di pasaran LEAP Bursa untuk berada pada nilai 60 sen sesaham.
Gaji minimum RM1,050 bermula 1 Januari
Kadar gaji minimum di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan dinaikkan kepada RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam.
Kerajaan hapus dasar kabotaj bermula 1 Jun - PM Najib
Bagaimanapun, Najib berkata pengecualian itu tidak terpakai terhadap aktiviti perkapalan di antara dua negeri dan wilayah di Malaysia Timur itu.