KUALA LUMPUR: Tindakan netizen merakamkan video atau membuat siaran secara langsung (live) menggunakan telefon bimbit ketika pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan serbuan atau tangkapan di tempat awam merupakan satu kesalahan, tegas Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Perbuatan sedemikian, kata KDN, dianggap menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta boleh mengganggu siasatan.
“Ia juga bertentangan dengan peruntukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memulakan penghantaran dengan niat mengganggu orang lain,” kata KDN lagi.
Kementerian itu berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (PH – Kepong) yang mahu mengetahui sama ada tindakan orang awam merakam polis menggunakan telefon bimbit semasa polis bertugas di tempat awam adalah satu kesalahan.
Namun begitu, KDN menjelaskan, tindakan netizen merakamkan gambar atau video anggota polis yang sedang bertugas di tempat awam bukanlah satu kesalahan jenayah.
Dalam soalan bertulis di Dewan Rakyat, Lip Eng turut meminta penjelasan daripada KDN mengenai bilangan polis yang dilengkapi peralatan kamera badan (bodycam) dan kos setiap (bodycam) itu selain adakah polis mempunyai kuasa untuk memeriksa telefon bimbit orang awam di sekatan jalan raya atau di tepi jalan.
Mengulas mengenai bodycam dan kos, KDN berkata, bajet perolehan kamera badan (body worn camera - BWC) bagi kegunaan anggota PDRM telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
“Perolehan ini masih dalam peringkat penelitian oleh Bahagian Perolehan, KDN dan beberapa isu perlu diselesaikan dan sedang diselesaikan oleh Bahagian Perolehan, KDN bersama dengan PDRM,” menurut jawapan itu lagi.
Mengenai tindakan pemeriksaan telefon bimbit, KDN berkata, polis boleh meminta atau merampas dan mempunyai hak menyemak telefon bimbit milik orang yang disyaki dan terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan dan bukan orang awam secara rawak.
Kata kementerian itu lagi, pemeriksaan telefon bimbit hanya dibenarkan jika individu disyaki melakukan kesalahan di bawah beberapa peruntukan undang-undang.
Menurut KDN, akta yang disenaraikan ialah Kanun Keseksaan; Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; Akta Hasutan 1948; Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012; Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 atau Akta Pencegahan Keganasan 2015.
Firdaus Azil
Mon Aug 01 2022
Tindakan netizen merakamkan video atau membuat siaran secara langsung (live) menggunakan telefon bimbit ketika pasukan PDRM melakukan serbuan atau tangkapan di tempat awam merupakan satu kesalahan, tegas Kementerian Dalam Negeri. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.
Merakam polis lakukan serbuan, tangkapan melalui telefon bimbit satu kesalahan - KDN
Perbuatan itu dianggap menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta boleh mengganggu siasatan.