awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendidikan pelarian Palestin semakin terancam - UNWRA
PRN Melaka, Johor: Amanah tuntut agihan kerusi seimbang daripada BN
LRT Laluan Mutiara perkasa kontraktor Bumiputera, kontrak RM1.14 bilion dianugerah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Merayakan Demokrasi: Himpunan Turun Anwar cerminan kematangan demokrasi - KEADILAN

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2025
02:25 MYT
Merayakan Demokrasi: Himpunan Turun Anwar cerminan kematangan demokrasi - KEADILAN
Pihak pembangkang dan penyokongnya dibenarkan berhimpun secara aman di ibu kota tanpa gangguan, tanpa kekerasan. - Foto fail/Astro AWANI
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyifatkan himpunan aman "Merayakan Demokrasi: Himpunan Turun Anwar" yang berlangsung di ibu negara pada Sabtu sebagai bukti nyata kematangan demokrasi di bawah era pentadbiran MADANI.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Adam Adli dalam satu kenyataan berkata, tindakan kerajaan yang membenarkan perhimpunan itu berlangsung tanpa gangguan, kekerasan atau penggunaan kekerasan oleh pasukan keselamatan mencerminkan kekuatan sistem demokrasi negara.
“Di era MADANI, pembangkang dan penyokongnya dibenarkan berhimpun secara aman di ibu kota tanpa gangguan, tanpa kekerasan. Ini bukan kelemahan pentadbiran, ini kekuatan demokrasi sebenar,” tegasnya.
Beliau turut memuji kehadiran pasukan keselamatan yang tidak membawa sebarang bentuk senjata atau perisai rusuhan, menyifatkannya sebagai simbol institusi keselamatan yang matang dan menyokong ekosistem demokrasi negara.
Menurut Adam, kerajaan MADANI bukan sahaja menjamin hak berhimpun dan bersuara, tetapi turut memperjuangkan isu-isu utama rakyat seperti kos sara hidup, pembasmian kemiskinan, reformasi ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan.
Tambah beliau, pencapaian kerajaan juga semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa, menjadikan Malaysia kembali diyakini sebagai sebuah kuasa ekonomi yang stabil selepas pandemik.
Namun katanya, pembangkang kini dilihat ketandusan arah tuju dan lebih cenderung bermain persepsi serta menyerang peribadi berbanding menawarkan dasar alternatif.
“Himpunan ini bukan ancaman, tetapi lambang perubahan budaya politik daripada era pemerintahan kuku besi kepada satu sistem yang lebih terbuka dan menghormati perbezaan pandangan,” katanya.
Beliau mengakhiri kenyataan dengan menyeru agar pembangkang juga menunjukkan komitmen yang sama dalam mendidik penyokong untuk menjadi matang dan adil, serta mengemukakan hujah lebih bernas di Parlimen.
Topic Berkaitan
#Merayakan Demokrasi Himpunan Turun Anwar
#Keadilan
#Adam Adli
#madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan