awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mercy Malaysia berjaya masuk ke Gaza

Bernama
Bernama
11/12/2016
01:43 MYT
Mercy Malaysia berjaya masuk ke Gaza
misi kali ini merupakan misi kemanusiaan pertama yang dibenarkan masuk melalui sempadan Rafah sejak lawatan kerja Mercy Malaysia yang terakhir pada tahun 2014. - Foto AFP
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) hari ini berjaya memasuki Gaza, Palestin, melalui sempadan Rafah di Mesir bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan di wilayah itu.
Menurut persatuan bantuan sukarelawan itu, misi kali ini merupakan misi kemanusiaan pertama yang dibenarkan masuk melalui sempadan Rafah sejak lawatan kerja Mercy Malaysia yang terakhir pada tahun 2014.
"Antara program yang akan dilakukan oleh Mercy Malaysia termasuklah menyampaikan bantuan makanan serta kelengkapan keluarga bagi musim sejuk, mengadakan bengkel 'Hospital Berdaya Tahan' di Universiti Islam Gaza serta mengadakan program psikososial bagi masyarakat," kata persatuan itu dalam kenyataan pada Sabtu.
Mercy Malaysia juga akan melancarkan Bangunan Al Amal Centre iaitu sebuah pusat psikososial serta sekolah kanak-kanak kurang upaya dan makmal baharu Fakulti Perubatan Universiti Islam Gaza sumbangan persatuan itu yang masing-masing bernilai US$200,000.
Misi bantuan kemanusiaan kali ini diketuai oleh Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan disertai oleh dua orang pegawai kedutaan serta Pengarah Pembangunan Program dan Operasi Mercy Malaysia Norazam Ab Samah.
Mercy Malaysia telah berjaya menyalurkan sebanyak US$18 juta ke Gaza sejak tahun 2008, yang merupakan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin.
Pada Julai 2014, Tentera Israel melancarkan operasi 'Protective Edge' secara besar-besaran di Genting Gaza dengan menyasarkan serangan terhadap kediaman awam, sekolah-sekolah dan kedai-kedai rakyat Palestin yang mengakibatkan ramai orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Gaza
#MERCY
#Palestin
#Rafah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan