KUALA LUMPUR: Merdeka Award Trust (MAT) tahun ini kembali dengan siri perkongsian Merdeka Award Talk Series bertemakan “Women in Leadership: Too Hot to Handle?” bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang akan datang.
Uniknya, agenda kali ini memfokuskan kepada pemerkasaan wanita dalam bentuk kepimpinan dan tenaga kerja sesuatu bidang.
Acara tahunan yang diadakan bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan dalam kalangan rakyat Malaysia turut dilihat sebagai platform untuk berkongsi ilmu dan bertukar pendapat mengenai topik bermanfaat.
Dikendalikan individu hebat termasuk Pengerusi Negara Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman dan Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, perkongsian itu menyelusuri kisah cekal mereka sebagai wanita luar biasa.
Siti Hurrairah berkata, perkongsian itu diharapkan dapat menggalakkan lagi penglibatan wanita dalam jawatan tertinggi.
“Jadi siri perkongsian yang baru sahaja kami jalankan merupakan platform untuk kami berkongsi pengajaran kepimpinan, membina daya tahan, kebolehsuaian dan juga perkongsian bermanfaat yang berterusan tentang bagaimana kami mengharungi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan sebagai pemimpin.
“Kami berharap dapat memberi inspirasi di kalangan rakyat Malaysia tentang budaya kecemerlangan terutamanya bagi generasi muda,” katanya selepas sesi perkongsian di Hotel Grand Hyatt, ibu negara.
Selain itu, beliau turut menekankan tentang usaha yang perlu diambil setiap syarikat agar ia secara tidak langsung membantu wanita bekerjaya melalui inisiatif baharu.
“Satu bentuk sokongan yang diberikan adalah sokongan domestik yang mereka perlukan untuk dapat mengimbangi kehidupan kerja dan peribadi.
“Sebagai contoh yang telah kami laksanakan di Shell Malaysia secara efektif tahun lalu, kami memperkenalkan Standard Minimum Global iaitu akses cuti berbayar kepada golongan suami bagi membolehkan mereka mengambil cuti selama lapan minggu agar dapat mebantu tugas isteri di rumah,” tambahnya.
Mengulas lanjut mengenai sambutan Hari Wanita Antarabangsa tidak lama lagi, Dr Jemilah pula berkata, sambutan tersebut bertujuan untuk melihat kembali bagaimana wanita mampu menyumbang bukan sahaja dari segi pembangunan negara tetapi juga dari segi ekonomi.
“Wanita perlu diambil kira dalam dasar, keputusan dan kepimpinan kerana ia sangat penting seperti pepatah, ‘Women hold up half the sky’' dan saya fikir wanita boleh menyumbang lebih banyak lagi dan kami sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama," katanya.
Sementara itu, Bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Tan Sri Salleh Mohd Nor berkata, meskipun perubahan ini akan mengambil masa yang agak lama namun sesetengah perspektif yang dilontarkan dalam perbincangan lambat laun pasti akan membawa kepada hasil yang positif.
“Jadi apa sahaja yang kita lakukan kita mesti sentiasa menghormati wanita, menghormati apa yang mereka lakukan dengan menggalakkan mereka serta memberi kerjasama yang baik kerana jelas kita saling memerlukan satu sama lain untuk bersama-sama mencapai banyak perkara,” jelasnya.
Input daripada perbincangan itu turut disambut baik oleh Faizal yang merupakan ahli Petronas Young Professional Club di mana beliau bersetuju bahawa kebajikan wanita dalam bidang pekerjaan perlu lebih di ambil berat.
“Terdapat banyak perkongsian tentang pemerkasaan wanita dan juga banyak mesej bagaimana wanita boleh menyumbang kepada organisasi serta negara,” ujarnya.
Sesi perkongsian MAT itu dihadiri kira-kira 150 tetamu yang terdiri daripada wanita bekerjaya dalam pelbagai bidang korporat dan badan bukan kerajaan.
MAT ditubuhkan oleh PETRONAS dan Shell dalam memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang individu serta organisasi daripada pelbagai arena.
Astro Awani
Thu Mar 07 2024
Dari kanan: Siti Hurrairah dan Dr Jemilah Mahmood ketika sesi perkongsian di Hotel Grand Hyatt, ibu negara. - Gambar MAT
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Merdeka Award Trust Talk Series 2024 tumpu perkasa kepimpinan wanita
Merdeka Award Trust (MAT) tahun ini kembali dengan siri perkongsian Merdeka Award Talk Series bertemakan "Women in Leadership: Too Hot to Handle?" bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang akan datang.
Armada TLDM dipecahkan kepada pemerintahan Armada Barat dan Timur - Panglima TLDM
Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini dipecahkan kepada dua iaitu pemerintahan Armada Barat dan Armada Timur untuk memberi tumpuan dan perhatian yang tinggi kepada keselamatan.