awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Merempit' pakai kain pelikat

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2022
07:13 MYT
'Merempit' pakai kain pelikat
Pemantauan mendapati kumpulan terbabit dengan jelas melakukan aksi Superman, menundukkan badan, bersaing sesama sendiri dan zig-zag.- Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Lagak seorang samseng jalanan yang berkain pelikat bersama adik dan dua rakannya melakukan aksi berbahaya di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, dekat sini mengundang padah selepas perbuatan itu dikesan polis pada Sabtu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aksi geng berkenaan dikesan pada jam 12.50 tengah malam oleh sepasukan anggota Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman.
"Pemantauan mendapati kumpulan terbabit dengan jelas melakukan aksi Superman, menundukkan badan, bersaing sesama sendiri dan zig-zag.
"Selepas diekori, keempat-empat penunggang itu memberhentikan motosikal di Plaza Tol Bangi sebelum ditahan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, selain sitaan motosikal, kesemua mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Antara aksi berbahaya dilakukan sekumpulan penunggang motosikal.  - Foto Sinar Harian
Antara aksi berbahaya dilakukan sekumpulan penunggang motosikal. - Foto Sinar Harian
Sementara itu, JSPT Bukit Aman turut menahan enam penunggang lain dalam dua operasi berasingan di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban pada hari yang sama.
"Enam penunggang berusia 16 hingga 38 tahun ini turut dikesan melakukan aksi superman, menundukkan badan, bersaing sesama sendiri dan zig-zag," katanya.
Tegasnya, aksi tersebut amat berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain dan polis akan terus melaksanakan operasi dalam mengekang kegiatan samseng jalanan.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#merempit
#Bukit Aman
#sita motosikal
#Kuala Lumpur
#samseng jalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan