MEMORI semasa mula-mula menjejakkan kaki ke menara gading suatu ketika dahulu masih segar dalam ingatan.
Walaupun berasal dari sebuah perkampungan kecil nelayan di Pantai Timur, saya tekad berhijrah ke ibu kota demi mengejar impian.
Jujur saya katakan, perjalanan itu bukanlah mudah kerana ia pertama kali saya menaiki kenderaan awam untuk suatu jarak yang jauh sehingga perlu bertukar tiga bas.
Akhirnya, dengan berpegang kepada prinsip “malu bertanya sesat jalan”, saya tiba ke destinasi untuk memulakan misi menggenggam segulung ijazah.
Selesai urusan pendaftaran pelajar, saya berjalan ke kolej kediaman menggalas beg besar pemberian datuk yang diperolehnya semasa menunaikan ibadah haji.
Seharian saya menggalas beg yang sarat itu. Urat dan sendi mula terasa kejang sehingga muncul kesan lebam di bahu pada malam harinya.
Kehidupan di universiti satu pengalaman menyeronokkan; jiwa remaja ini bergejolak ingin mencuba segalanya, lebih-lebih lagi untuk berhibur bersama rakan-rakan.
Namun, saya sentiasa mengingatkan diri agar berhemah dan berjimat-cermat terutama dalam aspek perbelanjaan harian.
Disebabkan ingin menyimpan wang untuk membeli barangan keperluan pembelajaran, saya sanggup mengikat perut dengan hanya menjamah nasi sekali sehari berlaukkan telur, kicap dan air kosong sebagai pelengkap juadah.
Ada kalanya, hanya biskut dan roti menjadi alas perut untuk membekal tenaga.
Sungguhpun begitu, saya tetap bersyukur kerana sekiranya dibandingkan dengan rakan-rakan saya yang kurang berkemampuan, nasib mereka lebih menyedihkan kerana hanya mampu menjamah nasi dan garam sehingga ada kalanya perlu dicatu dan dibahagikan untuk santapan siang dan malam.
Demikianlah gambaran ringkas bagaimana generasi dahulu bersusah-payah mendapatkan pendidikan dan menjalani kehidupan.
Demi kelangsungan hidup, alam merupakan nadi yang banyak berbakti untuk memudahkan urusan seharian, lebih-lebih lagi untuk memastikan dapur sentiasa berasap dan perut tidak kelaparan.
Sebagai contoh, butir nangka akan direbus untuk dijadikan sarapan. Selain itu, biji kemunting dan buah senduduk juga akan dijadikan snek ringan sehingga bibir menjadi kebiru-biruan setelah memakannya.
Tidak cukup dengan itu, kulit sisir turut diolah dengan cara masakan yang menyelerakan sebagai pengganti kepada ayam.
Saya masih ingat lagi kenangan mencari lokan seharian di muara sungai bersama adik-beradik yang lain sehinggakan kaki kami berkematu dek berjalan di atas batu kerikil kasar.
Selalunya, ibu akan menanti kepulangan kami bersama tali pinggang di tangan kerana hakikatnya kami meluangkan lebih masa untuk bermain berbanding mencari lokan.
Namun, anak desa tidak pernah mengeluh dan tetap berjuang menempuh ranjau dan liku kehidupan.
Berbeza dengan anak-anak pada era globalisasi kini, mereka sangat beruntung kerana dibelai dan diberikan kasih sayang ibarat “menatang minyak yang penuh” oleh ibu bapa yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Tidak hairanlah, kebanyakan ibu-bapa sanggup berhabis wang ringgit, masa dan tenaga demi memastikan keselesaan anak-anak.
Namun, jika dinilai dari kaca mata yang berbeza, sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka ini secara tidak langsung menyebabkan generasi masa kini lena dibuai kesenangan dan sukar untuk mengenal erti kepayahan.
Buktinya, menghirup secawan kopi viral dari kafe hipster sudah menjadi kemestian bagi anak muda pada masa kini walaupun harganya setanding dengan harga sekampit beras.
Sekiranya mereka diminta untuk membuat keputusan bagi menentukan pilihan makanan, anak-anak muda kebanyakannya lebih cenderung untuk memilih masakan Barat atau Korea berbanding makanan tempatan seperti pulut berinti ikan kering ataupun lempeng kelapa walaupun harganya jauh lebih murah.
Benarlah pembangunan dan kecanggihan teknologi antara penyebab kepada perubahan sikap dan mentaliti generasi pada masa kini yang lebih mementingkan imej dan trend semasa.
Sebagai contoh, rata-rata anak muda lebih memilih memiliki iPhone paling terkini walaupun harganya mampu mengalahkan harga sebuah motosikal 'kapcai' yang boleh dibawa ke kebun getah.
Lebih membimbangkan, capaian internet yang boleh diakses di hujung jari meningkatkan lagi kebarangkalian anak muda berbelanja dengan boros di platform perniagaan digital dengan hanya mengikut kehendak berbanding keperluan.
Segelintir anak muda juga mungkin bersikap alpa kerana tahu ibu bapa masih mempunyai kad kredit dan kad debit untuk menanggung kemahuan mereka.
Kerana terlalu sayangkan anak, kebanyakan ibu bapa akhirnya hanya menuruti kemahuan anak-anak mereka.
Natijahnya, anak-anak terus dilimpahi kesenangan dan tanpa disedari, sikap ini telah melahirkan satu kumpulan anak muda yang cukup berbeza dengan generasi ibu bapa mereka suatu masa dahulu.
Jika dibandingkan, rata-rata ibu bapa sanggup berkira setiap sen yang dibelanjakan untuk kegunaan mereka tetapi tidak bagi perbelanjaan anak-anak.
Maka, tidak hairanlah anak-anak gagal untuk memahami keperitan dan kesusahan yang pernah dilalui oleh ibu bapa mereka sebelum ini.
Jika dikaji sehingga ke akar umbi, segelintir ibu bapa juga sanggup bergolok gadai demi memenuhi permintaan si anak.
Akibatnya, sikap tersebut hanya memakan diri kerana secara tidak langsung menyebabkan anak-anak menjadi terlalu bergantung, tidak berdikari, kerap meminta-minta dan impulsif.
Lebih menyedihkan apabila semakin ramai anak muda pada masa kini yang sudah pudar adab dan kesantunannya.
Sebagai contoh, generasi masa kini sudah tidak lagi peka dengan keadaan sekeliling dan hilang rasa empati terhadap orang lain.
Hakikatnya, perasaan empati ini sangat penting untuk memastikan kehidupan yang lebih bahagia, lebih sihat dan lebih produktif.
Di samping itu, kecerdasan emosi atau “emotional quotient” (EQ) juga merupakan elemen yang penting dalam pembangunan diri anak-anak.
Hal ini demikian kerana, anak-anak perlu mempunyai sikap positif terhadap pembangunan diri dan berkemahiran untuk mengawal emosi mereka.
Pembangunan EQ akan menghasilkan kecerdasan emosi yang berkeupayaan untuk memahami diri sendiri serta diri orang lain.
Tambahan pula, tahap EQ yang tinggi mampu meningkatkan peluang pasaran kerja yang lebih baik.
Menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia, kecerdasan emosi (EQ) merupakan salah satu kualiti terbaik yang menjadi kriteria majikan untuk proses pemilihan pekerja pada masa kini.
Selain itu, kesibukan dan ketagihan kepada gajet juga telah menjadi fenomena yang merencatkan perkembangan sosial pada masa kini.
Sebagai contoh, anak-anak terlalu taksub dan lalai dengan gajet walaupun ketika sedang meluangkan masa bersama keluarga.
Terdapat juga sesetengah situasi apabila anak-anak enggan berborak dengan tetamu yang berkunjung ke rumah sehingga menunjukkan riak muka yang masam dan terpaksa.
Hal ini demikian kerana anak-anak lebih memilih untuk berinteraksi secara maya menggunakan gajet sehingga mereka menjadi kekok untuk berkomunikasi secara bersemuka.
Kesimpulannya, ibu bapa pada masa kini sedang melalui satu fasa yang sukar untuk membesarkan anak-anak.
Sekiranya ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka, garis panduan dan metodologi yang betul perlulah dirancang dalam memberikan didikan kepada anak-anak semenjak mereka kecil lagi, ibarat peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Tidak dilupakan, aspek kerohanian juga perlu dititikberatkan dalam jiwa anak-anak di samping penerapan aspek intelektual, jasmani dan emosi.
Jangan kerana terlalu fokus melengkapkan anak-anak dengan ilmu duniawi seperti menghantar mereka ke kelas piano atau taekwondo, ilmu fardu ain diketepikan.
Perlu diingatkan, sekiranya ibu bapa merupakan golongan bangsawan dan kaya-raya sekalipun, anak-anak harus dididik untuk berdikari dan berusaha di atas kaki sendiri bagi mendapatkan apa yang mereka hajati.
Sering kali kita dengar ungkapan bahawa “hidup ini umpama roda dan kita tidak mungkin berada di atas selamanya”.
Justeru, memastikan anak-anak mempunyai kemahiran yang holistik jauh lebih bermakna berbanding memanjakan mereka dengan harta kerana “ilmu pelita hidup” dan sebaik-baik harta ialah ilmu, didikan dan akhlak yang diwariskan kepada anak-anak.
Dr Abdul Mutalib Embong ialah Pensyarah Kanan, Pusat Pendidikan Asas & Lanjutan (PPAL), Universiti Malaysia Terengganu
Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Abdul Mutalib Embong
Thu Aug 25 2022
Pembangunan EQ akan menghasilkan kecerdasan emosi yang berkeupayaan untuk memahami diri sendiri serta diri orang lain. -Pexels
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Merungkai perbezaan generasi dahulu dan kini, suatu realiti yang perlu disedari
Anak-anak lebih memilih untuk berinteraksi secara maya menggunakan gajet sehingga mereka menjadi kekok untuk berkomunikasi secara bersemuka.