awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesin pengukus kelapa sawit meletup, tiga pekerja rentung

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2013
23:35 MYT
Mesin pengukus kelapa sawit meletup, tiga pekerja rentung
Tiga rentung manakala empat lagi parah apabila sebuah mesin pengukus buah kelapa sawit di kilang Villa Sutera, Kampung Bukit Kapah, Hulu Terengganu meletup.
Kejadian kira-kira 7.45 malam itu menyebabkan hampir 90 peratus badan mangsa yang maut melecur.
Mangsa yang maut adalah penyelia kilang Azmi Abdullah, berusia 47 tahun.
Dua lagi adalah warga Nepal iaitu Pramod Kumar Ray, 30 tahun dan Sanjib Kumar Rasman, 26 tahun.
Manakala empat mangsa yang parah ialah Mohd Razlan Mokhtar, 25 tahun,dua warga Bangladesh Ahmed Ali, 39 tahun dan Rezuyan Morom Ali, 45 tahun serta seorang warga Nepal, Sabad Yudan, 44 tahun.
Mohd. Razlan Mokhtar dilaporkan kritikal.
Semua yang cedera kini dirawat di hospital Hulu Terengganu.
Kejadian berlaku ketika tujuh pekerja terbabit sedang meleraikan buah kelapa sawit menggunakan mesin pengukus.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Berang menemui mangsa pertama, Sanjib kira-kira jam 8 malam selepas mangsa tercampak ke dalam mesin dan tertimbus di bawah biji sawit .
Dua lagi mangsa ditemui beberapa minit kemudian di bawah mesin pengukus .
Usaha mengeluarkan semua mangsa mengambil masa kira-kira setengah jam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Supritendan Mohd. Ismail Muslim berkata siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengenalpasti punca sebenar kejadian.
Pemilik dan pengurus kilang berkenaan pula enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#bomba
#kelapa sawit
#meletup
#Nepal
#rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan