MALAYSIA
Mesyuarat GBC Thailand-Kemboja berlangsung di Kuala Lumpur Selasa ini

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) antara Kemboja dan Thailand bagi menyelesaikan pertikaian sempadan kedua-dua negara akan diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa ini, susulan permintaan daripada pihak Thailand.
Ringkasan AI
- Mesyuarat GBC KembojaThailand akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 Ogos, atas permintaan Thailand untuk menukar lokasi asal dari Phnom Penh. Mesyuarat pra-GBC dijadualkan pada 3 Ogos dan dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan.
- Gencatan senjata berjaya dicapai dalam masa tiga hari, disifatkan sebagai antara yang paling pantas oleh Panglima ATM, menunjukkan keberkesanan diplomasi Malaysia sebagai pemudah cara.
- Mesyuarat akan melibatkan atase pertahanan ASEAN, Amerika Syarikat dan China, serta membincangkan penubuhan pasukan pemantau serantau bagi memastikan pelaksanaan gencatan senjata berjalan lancar dan dipatuhi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan yang berlangsung di Putrajaya hari ini.
Tambah beliau, konflik ini telah berjaya dikurangkan ketegangannya, dengan disifatkan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai salah satu gencatan senjata paling singkat pernah dilaksanakan, mencapai ketenangan dalam tempoh hanya tiga hari, sesuatu yang luar biasa berbanding situasi serupa di tempat lain.
"Dalam mesyuarat GBC pada hari Selasa, atase pertahanan bagi negara-negara ASEAN akan dijemput untuk hadir, serta atase pertahanan dari Amerika Syarikat dan China.
"Beberapa perkara juga telah dibincangkan termasuk dari segi rundingan dan juga apa yang disebut sebagai monitoring team yang akan dilengkapkan oleh negara-negara ASEAN, pasukan pemantau untuk pastikan genjatan senjata itu berjaya," katanya.
Mesyuarat GBC merupakan platform penting bagi kedua-dua negara membincangkan isu keselamatan dan sempadan secara diplomatik serta memperkukuh kerjasama ketenteraan serantau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami