awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar

Bernama
Bernama
04/02/2026
14:18 MYT
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi mendapati terdapat kebakaran hutan dengan anggaran keluasan lima hektar. - Foto JBPM Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Kawasan hutan seluas kira-kira lima hektar di Taman Botani Pulau Pinang, Jalan Kebun Bunga, di sini terbakar petang ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.24 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Paya Terubong bersama lima jentera ke lokasi kejadian.
"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi mendapati terdapat kebakaran hutan dengan anggaran keluasan lima hektar. Komander Operasi bertindak menjalankan size up di lokasi kejadian sebelum kerja-kerja pemadaman dijalankan," katanya dalam kenyataan malam ini.
John berkata ketika ini operasi pemadaman masih diteruskan yang turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) New Ferry, Paya Terubong dan Bukit Bendera selain bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#taman botani terbakar
#pulau pinang
#JBPM
#operasi pemadaman
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan