KUALA LUMPUR: Kerajaan mempercepatkan mesyuarat Kabinet mingguan kepada Isnin (esok) bagi membincangkan mengenai kos sara hidup, peningkatan harga serta kekurangan bekalan barangan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga diminta membentangkan mekanisme bagi menghadapi dan mengatasi isu-isu berkenaan.
Mesyuarat Kabinet kebiasaannya diadakan pada Rabu, setiap minggu.
“Esok saya panggil mesyuarat Kabinet untuk melihat khususnya dari segi bagaimana kita hendak mengimbangi kenaikan harga barang yang mendadak ini. Dan saya minta KPDNHEP untuk membentangkan.
“Begitu juga dengan penawaran makanan termasuk ayam, Kementerian Pertanian perlu bentang dan umumkan (mengenai) AP (Permit Import) yang dihapuskan.
"Dan saya melihat, mungkin AP-AP lain pun akan dikaji, sama ada kita akan hapuskan atau tidak. Banyak lagi AP lain yang kita akan tengok, bukan setakat makanan sahaja.
"Kita harap apabila AP dihapuskan, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan tekanan dari segi kekurangan bekalan barangan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, sekiranya lebih banyak pihak yang terlibat dalam perbincangan mengenai masalah tersebut, ada kemungkinan harga barangan boleh dikurangkan.
"Tetapi, kita tunggu keputusannya. Esok, semua kementerian ini akan membentangkan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang.
“Sebab, kalau perang berlarutan, kesannya adalah jangka panjang. Dan kita akan tengok secara lebih lanjut,” katanya, merujuk kepada peperangan antara Rusia dan Ukraine.
Rabu lalu, kerajaan memutuskan untuk memansuhkan AP bahan makanan dari luar negara ke Malaysia, berkuat kuasa serta-merta.
BACA: Pemansuhan AP akan dapat hapus aktiviti kartel - Pakar ekonomi
BACA: Hapus AP makanan tidak kekang krisis kenaikan harga barang - Pakar Ekonomi
Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan, selain hal berkaitan harga barangan, mesyuarat Kabinet esok akan turut meneliti masalah bekalan ayam dan gandum yang disifatkan sebagai isu global.
“Permintaan dan penawaran kepada makanan mungkin terjejas teruk kerana satu pertiga pengeluaran gandum dunia adalah oleh Rusia dan Ukraine.
“Saya difahamkan, ada beberapa negara telah menyekat eksport di negara mereka kepada hanya untuk penggunaan dalam negara.
"Jadi, kalau dari segi teori ekonomi, permintaan melebihi penawaran tentu sahaja akan mengakibatkan harga meningkat,” ujarnya.
BACA: Bekalan terhad, harga sekilo ayam segar cecah RM12 di Lembah Klang
BACA: PPANS sahkan tiada bekalan ayam pada Sabtu
Hasimi Muhamad
Sun May 22 2022

Ismail Sabri pada sidang media selepas merasmikan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di Kuala Lumpur hari ini. - Astro AWANI

COVID-19: Subvarian Omicron BA.4, BA.5 kian menular di AS
Kedua-dua subvarian Omicron itu membentuk 70.1 peratus daripada varian koronavirus di negara itu setakat 2 Julai.

Boris Johnson mohon maaf isu skandal anggota kanan kerajaan
Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap ahli parlimen Chris Pincher.

Politik Britain | Nadhim Zahawi dilantik Menteri Kewangan, ganti Rishi Sunak
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melantik Nadhim Zahawi sebagai Menteri Kewangan baharu pada Selasa menggantikan Rishi Sunak yang meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinannya.

COVID-19 | Sub-Varian Omicron tular dengan pantas di A.S
Sub-Varian COVID-19 Omicron BA.4 dan BA.5 menular dengan pantas di Amerika Syarikat (AS). Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, BA.4 membentuk 16.5 peratus daripada varian manakala BA.5 menyumbang 53.6 peratus daripada kesemua varian di negara itu.

COVID-19 | Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Bandar Shanghai umum dua pusingan baharu ujian COVID-19 besar-besaran terhadap 25 juta penduduknya dalam tempoh tiga hari. Ia susulan laporan jangkitan di pusat karaoke minggu lalu.

Politik Britain | Dua Menteri Kanan letak jawatan serentak
Peletakan jawatan dua Menteri Kabinet Kanan Britain memberi tekanan dan mampu menamatkan kepimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson selepas terpalit beberapa dakwaan skandal. Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan, Sajid Javid meletak jawatan selang beberapa minit antara satu sama lain.

Politik Britain | Boris Johnson mohon maaf skandal anggota kanan kerajaan
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memohon maaf atas pengendaliannya terhadap dakwaan salah laku seksual oleh anggota kanan kerajaannya. Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap Ahli Parlimen, Chris Pincher yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Whip ketika mana heboh diperkatakan dia meraba dua lelaki di sebuah kelab persendirian.

Perang Rusia-Ukraine | Turkiye mahu tingkat rundingan bersama
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhasrat untuk memperhebatkan rundingan bersama Rusia dan Ukraine. Hasrat itu adalah dengan mencapai perjanjian mengenai rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeksport bijirin Ukraine ke pasaran dunia.

COVID-19: 2,932 kes baharu, tiga kematian direkod
Kes baharu meningkat sebanyak 2,932 kes dengan dua daripadanya merupakan kes import.

MACP dalam perbincangan lanjutkan hak cipta P. Ramlee
Ini kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta.

Simpanan stok ayam langkah tangani kekurangan bekalan - Menteri
Mesyuarat Kabinet semalam bersetuju dengan pelaksanaan beberapa langkah jangka pendek bagi menangani isu bekalan dan harga makanan antaranya mewujudkan simpanan stok atau stockpile ayam.

Mesyuarat Kabinet dipercepat, bincang isu kos sara hidup, harga barangan - PM
KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga diminta bentangkan mekanisme bagi mengatasi isu-isu berkenaan.

Olaf Scholz pengerusi mesyuarat kabinet pertama kerajaan baharu Jerman
Beliau akan mengetuai kabinet yang disertai 17 anggota, terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita.

Reezal Merican mula tugas rasmi sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini.

Mesyuarat kabinet pertama kerajaan baharu hari ini
Mesyuarat itu akan dijalankan secara dalam talian kerana Ismail Sabri kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

PM Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra
Selepas menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan politik negara, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di Perdana Putra di sini.

MMA harap penyelesaian jangka panjang isu pegawai kesihatan kontrak
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mematuhi dengan rapi segala keputusan kerajaan berhubung isu pegawai kesihatan kontrak, yang dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini.

Mesyuarat Kabinet berlangsung secara digital
Mesyuarat Kabinet pertama tahun ini berlangsung sepenuhnya secara digital hari ini.

90 termasuk individu hadiri mesyuarat Kabinet disahkan negatif COVID-19 - KP Kesihatan
Jumlah itu termasuk mereka yang hadir ke mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Sabtu lepas.

Hajiji pengerusikan mesyuarat Kabinet Sabah pertama
Selain beberapa isu pokok seperti penstrukturan pentadbiran, mesyuarat dijangka turut membincangkan situasi semasa COVID-19.