awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juruukur didakwa bunuh ibu, adik angkat
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas Parlimen: Abdul Latiff akui kelemahan, perlu pertingkat pengurusan bencana negara

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
20/01/2022
04:57 MYT
Mesyuarat Khas Parlimen: Abdul Latiff akui kelemahan, perlu pertingkat pengurusan bencana negara
Pengurusan bencana negara ketika ini masih mengamalkan kaedah pengumpulan maklumat secara konservatif dan tidak seiring dengan perkembangan teknologi semasa. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Mengarusperdanakan konsep Pengurangan Risiko Bencana (DRR) dalam pelaksanaan dasar, perancangan, dan pembangunan negara oleh agensi-agensi berkaitan antara cabaran utama yang perlu ditambah baik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang mengakui beberapa kelemahan berkata penambahbaikan perlu meliputi penglibatan menyeluruh antara kerajaan pusat, negeri, dan pihak berkuasa tempatan.
"Ia termasuk memperkukuh pengurusan bencana di semua peringkat terutamanya di daerah melalui usaha berterusan perlu dilaksanakan untuk meningkatkan jaringan dan kerjasama antara agensi khususnya di peringkat daerah sehingga ke peringkat akar umbi iaitu jawatankuasa dan pertubuhan di kampung-kampung.
"Menjadikan pengurusan bencana sebagai tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Daerah serta Kerajaan tempatan khususnya dalam memperuntukkan sumber kewangan dalam DRR.
"Meskipun sistem pengurusan bencana negara adalah komprehensif dan selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa, namun dari segi implementasi di peringkat negeri dan daerah masih perlu diperbaiki.
"Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) hendaklah menggerakkan jentera-jentera di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat masing-masing supaya sentiasa berwaspada dengan situasi semasa," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Negeri di bawah SUK negeri
Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan semasa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkenaan bencana banjir di Dewan Rakyat hari ini.
Tambah beliau, pengurusan bencana negara ketika ini masih mengamalkan kaedah pengumpulan maklumat secara konservatif dan tidak seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
"Situasi ini menyebabkan proses penyediaan laporan, penganalisaan, membuat keputusan dan pengurusan data mempunyai kelemahan yang ketara.
"Penyaluran maklumat dengan lebih pantas dan tepat kepada agensi-agensi tindak balas dan mangsa-mangsa banjir masih perlu diperbaiki," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#banjir
#Dr Latiff Ahmad
#pengurusan bencana
#Mesyuarat Khas Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan