Mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja berhubung pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditunda kepada Rabu.
Perkara ini dimaklumkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan di sini hari ini.
"Kami telah menerima makluman terkini daripada Jabatan Perdana Menteri bahawa Lembaga Pengampunan akan mengadakan mesyuarat pada Rabu, 16 Mei.
"Oleh itu, sebarang program berkaitan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunda sehingga makluman lanjut dibuat," katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata walaupun sudah diputuskan, Lembaga Pengampunan Diraja mungkin bersidang lewat sedikit kerana kita ingin mengikut peraturan.