Mesyuarat mingguan Kabinet berlangsung di Kuching pagi ini

Harits Asyraf Hasnan
Mei 4, 2016 01:45 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat kabinet yang julung kali diadakan di Wisma Bapa Malaysia, Sarawak hari ini. - Foto Bernama
Mesyuarat mingguan Kabinet berlangsung di Kuching pagi ini dengan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut hadir timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri Kabinet yang lain.
Perdana Menteri tiba di Wisma Bapa Malaysia, ibu pejabat pentadbiran kerajaan negeri di sini pada sekitar 9.20 pagi dengan diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
Mesyuarat diadakan di tengah-tengah kerancakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.
Turut hadir antaranya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selain Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Mesyuarat Kabinet: PM @NajibRazak diiringi TS Adenan Satem tiba di Wisma Bapa Malaysia @501Awani pic.twitter.com/nTMsaBGA28

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

TS Ali Hamsa, DS Wahid, DS Husni, DS Ismail Sabri antara menteri yang tiba di Wisma Bapa Malaysia @501Awani pic.twitter.com/KXADnfWWUM

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Antara Menteri-menteri Kabinet yang tiba di Wisma Bapa Malaysia @501Awani pic.twitter.com/t2jiNa0V6B

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat mingguan Kabinet yang akan diadakan di sini, adalah untuk menyokong kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Ahmad Zahid berkata mesyuarat berkenaan telah dicadangkan Perdana Menteri sendiri.
Kali terakhir mesyuarat Kabinet diadakan di luar Putrajaya ialah di Kuantan pada 2011.
#Adenan Satem #mesyuarat Kabinet #Najib Razak #pilihan raya Sarawak #sarawak2016 #Wisma Bapa Malaysia #Zahid Hamidi